JUDUL: My Name Is Khan
PENGARAH: Karan Johar
PELAKON: Dato’ Shah Rukh Khan, Kajol, Katie Keane, Jimmy Shergill, Kenton Duty, Christopher B Duncan, Snya Jehan, Parvin Dabbas, Arjun Mathur, Sugandha Garg & Zarina Wahab.
PENERBIT: Hiroo Yash Johar & Gauri Khan
GENRE: Drama
Sekali Imbas
Selepas kali terakhir berganding dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham, Dato’ Shah Rukh Khan (SRK) dan Kajol kembali ke layar perak semula atas sokongan pengarah tersohor Bollywood, Karan Johar. Ternyata My Name Is Khan (MNIK) menonjolkan kematangan SRK, Kajol dan Karan Johar yang sememangnya hebat dalam berkarya.
MNIK jelas mempunyai elemen mesej yang padat dan berani serta berbaloi ditonton. Bagaimanapun, semasa MNIK mula ditayangkan di India, masyarakat di sana telah mengamuk serta melakukan protes apabila melihat wujudnya babak masjid dibakar.
Pun begitu, babak ini telah dipotong dan tidak digunakan lagi. Berikutan itu, SRK telah meminta maaf secara terbuka dan tidak menyangka babak ini menyingung perasaan segelintir pihak. SRK seperti menjadi dirinya sendiri dalam filem ini yang mana dia merupakan seorang muslim dan berkahwin dengan wanita bukan Islam lakonan Kajol.
Ulasan Penuh
Agak lama saya tidak menonton filem Bollywood. Apatah lagi sudah lama juga saya menantikan filem yang menggabungkan pasangan pelakon hebat, Shah Rukh Khan dan Kajol. Ternyata perginya saya menonton My Name Is Khan di ibu kota Jumaat lalu (12 Februari 2010) sempena malam gala MNIK mengimbas kembali kehebatan filem Kabhi Kushi Kabhi Gham dan Kuch Kuch Hota Hai hasil pengarah hebat, Karan Johar.
Selepas menyelami filem ini, saya tidak dapat nafikan MNIK tidak seperti filem Bollywood yang lain kerana tiada lagu dan tarian yang kebiasaan menjadi plot utama filem Bollywood. Kekuatan filem ini terletak pada lalonan SRK dan jalan cerita yang ringkas tetapi penuh dengan mesej.
Kreadibiliti Karan Johar tidak boleh disangkal kerana bijak mengemudi lakonan SRK, Kajol serta pelakon-pelakon dari barat yang pertama kali melibatkan diri dalam filem Bollywood. Andaikata filem ini bukan dilakonkan SRK dan Kajol, pasti ramai menyangka ia adalah hasil karya pengarah dari Hollywood.
MNIK berkisar tentang perjalanan hidup seorang lelaki bernama Rizwan Khan lakonan SRK yang mempunyai sindrom lembab. Rizwan menganut agama Islam dan kelakuannya agak pelik dari orang lain tetapi mempunyai akal yang bijak.
Kehidupan Rizwan tidak sama seperti orang lain di mana hidupnya tidak pernah kenal erti gembira atau pun sedih.
Rizwan mempunyai seorang adik lelaki lakonan Jimmy Shergill yang cemburu dengan Rizwan yang mendapat layanan istimewa dari ibunya yang dilakonkan Zarina Wahab. Akibat cemburu, adiknya meninggalkan Rizwan dan ibunya dengan bekerja di Amerika Syarikat.
Selepas ibunya meninggal dunia, Rizwan nekad untuk menetap di Amerika Syarikat dan berjanji kepada arwah ibunya bahawa dia juga boleh berjaya seperti adiknya yang mengemudi sebuah syarikat produk India yang dikenali.
Setibanya di Amerika Syarikat, adik ipar Rizwan mendapati Rizwan mempunyai penyakit yang takut kepada warna kuning dan bunyi bising. Namun, Rizwan bertuah kerana mendapat rawatan pakar atas bantuan adik iparnya yang bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah universiti terkenal di Amerika Syarikat.
Sambil menjalani rawatan, Rizwan bertugas sebagai juru jual produk kecantikan syarikat adiknya. Suatu hari, Rizwan berjumpa Mandiha lakonan Kajol dan menyedari perasaan berlainan setiap kali berjumpa Mandiha.
Mandiha adalah seorang ibu tunggal dan bekerja di sebuah salon. Mandiha mempunyai seorang anak bernama Sameer yang tidak pernah tahu siapakah ayahnya kerana ibu dan anak ini sudah terpisah sejak Mandiha berumur 22 tahun.
Kehidupan Rizwan berubah selepas berkahwin dengan Mandiha. Pun begitu, kehidupan Rizwan lebih berat setelah Sameer meninggal dunia atas dasar masalah perkauman yang dihadapi mereka.
Kemurungan yang dihadapi Mandiha membuatkan Rizwan gusar. Dengan perasaan marah, Mandiha menghalau dan mengarahkan Rizwan keluar dari rumah serta mencari presiden Amerika untuk memberitahu bahawa anaknya bukanlah anak kepada seorang pengganas. Dalam kemarahan itu, Mandiha menyesal dengan perkahwinannya bersama Rizwan yang menganut agama Islam.
Di sini bermulalah destinasi perjuangan Rizwan sebagai bapa yang amat cintakan isteri dan anaknya. Dalam pencarian untuk berjumpa presiden, pelbagai cabaran yang dihadapinya sehinggakan dia menjadi terkenal. Pun begitu, Rizwan ditikam bunuh sebelum dapat berjumpa presiden.
Apapun, perwatakan lurus bendul Rizwan mengingatkan saya kepada filem Forest Gump lakonan Tom Hanks. Kedua-dua watak ini memperjuang hasrat untuk berjumpa presiden dan menyampaikan mesej penting. Dalam erti kata lain, adakah filem ini meniru Forest Gump atau ia adalah Forest Gump versi Bollywood?
Kekuatan filem ini terletak pada dialog yang bersahaja. Namun jika diperhatikan lebih dalam, kebanyakkan patah perkataan yang cuba disampaikan membawa maksud double meaning. Kalau salah tafsir boleh mendatangkan negartif. Namun, garapan filem ini patut dicontohi kerana mesej perkauman dan Islam yang ditampilkan cukup cemerlang.
Apa yang pasti, selepas menonton MNIK, dialog paling diingati sekali adalah "My name is Khan. I’m not terrorist" atau dalam bahasa Melayu "Nama saya Khan. Saya bukan pengganas!"
Ringkasnya, anda janganlah lepaskan berkongsi perjuangan hidup Khan di pawagam sekarang kerana ia berbaloi untuk berhibur bersama seisi keluarga. Ingat, nama saya Ajieb, saya bukan pengganas!
wayang |
Reel Ayie-Luar Negara
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 19
Hantar Komen Anda
Tutup Komen | Papar keSemua 19 Komen
MNIK memang BEST.. pi la tgk... sure tak menyesal... SRK performance different... tak la macam Tom Hanks... lain... UK chart citer ni no# 3....
Azura - 19-Feb-2010
i syorkan kpd sape2 yg nak mengulas mengenai filem, pergila khursus d FINAS, bayaran RM600 je selama 5 hari. i gerenti balik je anda tahu nak ulas pasal aspek teknikal, shot2 mcmmana, lighting bagus ke tidak, sound guna teknik mana, brapa rel footage
kemay - 19-Feb-2010
Inilah kekurangan2 yg patut finas dan kerajaan Malaysia beri perhatian khusus kalau mahu Malaysia maju dlm Industri Perfileman...Kebanyakan dari kita bercakap dan mengulas hanya berkisar watak, lakonan, jalan cerita dan Jonre itu je, teknikal..lemah.
kemay - 19-Feb-2010
alaa kat JB xde tunjuk kt wayang laa...sungguh mengecewakan
anonymous - 19-Feb-2010
1 2 3 4
- Terhangat
- Terkini
- Senarai pemenang utk 2tiket & cenderahati WINGS
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini





.jpg)
.jpg)



