Tersingkir: Faiz Salahkan Diri Sendiri

raja lawak 4 | Berita & Gosip

Tersingkir: Faiz Salahkan Diri Sendiri

addthis kongsi icon


Teks Oleh Ellyna Ali
Foto oleh Mazlan Photography's


KUALA LUMPUR, 4 FEB 2010: "Bukan salah pengundi tetapi salah saya sendiri!", kata peserta Raja Lawak Musim Ke-4 (RL4), Khairul Faiz Sulaiman atau Faiz, 18.

Faiz berkata demikian setelah diminta untuk mengulas tentang punca penyingkirannya dalam Gelanggang Raja Lawak pada minggu kelima yang mengetengahkan tema muzikal pada malam itu.

Kata Faiz, peyingkiran itu tidak akan berlaku sekiranya dia memberikan sepenuh fokus dan tumpuan terhadap tugasan yang diberikan pihak juri pada setiap minggu.

"Tapi, entahlah, saya pun tidak tahu hendak cakap apa. Saya pun tidak tahu kenapa saya tidak-tiba hilang arah serta tumpuan.

"Tapi, saya tidak nafikan, tekanan yang saya alami sewaktu berada di dalam program RL4 ini memang sangat besar.

"Mungkin, itulah punca utama yang membuatkan saya gagal menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan baik sejak 3 minggu kebelakangan ini,"katanya.

Jelas Faiz lagi, bukan dia tidak cuba mendapatkan khidmat nasihat dari pihak juri mahu pun rakan-rakan seperjuangan di dalam RL4 yang lain.

"Semua itu telah saya lakukan. Malah. Mereka sendiri banyak membantu dengan memberikan kata-kata semangat buat saya. Mereka juag turut membantu untuk menyuntik idea yang menarik untuk persembahan saya.

"Tetapi, masalah yang saya alami adalah masalah dalam diri saya sendiri. Sebanyak mana pun orang membantu, tapi ianya tetap berpunca daripada diri saya sendiri.

"Itulah yang mengecewakan. Tapi, hendak buat macam mana, saya sudah mencuba sehabis daya. Tapi itu saja yang termampu saya lakukan," katanya.

Ditanya, apakah jarak usianya yang paling muda berbanding peserta-peserta lain yang membuatnya jadi begitu, Faiz terus menggeleng kepala.

"Tidak sama sekali dan saya tidak rasa begitu. Macam yang saya cakap tadi, saya tiba-tiba hilang arah dan tumpuan serta tidak boleh lagi menyempurnakan tugasan dengan yang diberikan dengan baik," katanya.

Tentang perancangan masa depan pula, si pelajar Tahfiz ini mengakui mahu melanjutkan pengajiannya semula.

"Tapi, kalau dapat tawaran untuk berlawak atau berlakon saya akan terima. Tapi, adakah ke tawaran untuk saya nanti," soalnya sambil tersenyum.

Komen-Komen | 10

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Emmmm.. faiz2 ko 2 muda lagi.. kenapa lari bidang?? memang x salah nk mencuba.. tapi fikir la masak2..
critic Mas - 7-Feb-2010

RJ th ni plg xbest..xlawak pun wpun juri kata kump kecik tu lawak giler,kitaorg xtau di mana lawaknya.."kelakar x ingat" baik tukar jd "tak kelakar pun,sndiri mau ingat"
qdd - 6-Feb-2010

Apa lah lu ni Faiz kalau dah tahfiz lebih baik lu mengaji je, kan PM dah umumkan masa kat melaka sesiapa menjadi juara mengaji peringkat antarabangsa, PM akan bagi gaji pencen RM2,000.00 setiap bulan sampai mati... Lumayan beb......
aldani - 5-Feb-2010

assalamualaikum..ala faiz,jgn ptus asa berusaha lg..msih jauh lg prjalanan awk k..god luck...
tasha - 5-Feb-2010

Salam Faiz insan cemerlang! Tak apa, ia bukan penghujung kerjaya dan bakat anda. teruskan watak baik itu dan tahfiz tu juga habiskan . Insyaallah wak lebih cemerlang dari segala artis yg ada.Saya memang minat anda.
Mamijaroomsamarahan - 5-Feb-2010