KL, 22 JANUARI 2010: Sejak kebelakangan ini, Murai Batu tengok makin ramai pulak peminat program Raja Lawak Musim Ke-4 (RL4) yang menggemari kumpulan Kecik.
Berasal dari Negeri Di Bawah Bayu, Kecik yang dianggotai Wan, 20, dan Achoe, 19, kian digemari kerana lawak mereka spontan dan mencuit hati.
Tapi, bukan itu sebenarnya yang Murai Batu nak cerita pasal mereka berdua ni. Cerita yang hendak dikongsi di sini ialah tentang asal-usul nama kumpulan mereka iaitu Kecik.
Kalau hendak diikutkan, nama itu bukanlah nama asal kumpulan mereka. Sebab, mereka datang menghadiri uji bakat di One Borneo, Sabah dulu, mereka menamakan diri mereka sebagai Onar.
Tak tahulah sebab apa nama itu yang jadi pilihan mereka.Tapi, dah tentulah nama itu tak dipersetujui oleh pihak produksi RL4. Yalah, kalau tidak betul-betul, maksudnya boleh mencetuskan kontroversi kerana berbaur negatif.
Akhirnya, mereka tampil dengan nama kedua iaitu Lelaki Solehah. Konon-konon nak jadi lelaki Melayu terakhir yang 'suci murnilah'. Tapi, apabila nama mereka tersangkut sebagai peserta akhir RL4, nama kumpulan Lelaki Solehah tu terpaksa ditukar lagi kerana kurang sesuai.
Lagipun, nama tu panjang sangat. Nanti susah pulak peminat mereka nak undi menerusi SMS. Mahu tak mahu, terpaksalah mereka pilih nama yang lain.
Disebabkan saiz badan mereka yang sama-sama kecik, akhirnya timbul idea untuk mereka memilih nama Kecik sebagai nama kumpulan mereka untuk RL4. Jadi itulah datangnya Kecik yang sebenarnya berbakat besar sebagai pelawak pelapis.
raja lawak 4 |
Berita & Gosip
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 46
Hantar Komen Anda
Tutup Komen | Papar keSemua 46 Komen
hye yayang_khyrina...Ehem..b'abis plak ko hby2 ar..Mna 1 hby ko kt kmpln kecik 2??? C wan bOrOi kh Or C AchOe jerawat???? Sma jak kmu mgada2..huhuhuhuh...
tOyOL bOrOi.. - 8-Feb-2010
LAWAK MACAM BUDAK TERENCAT...
krengkukeng - 8-Feb-2010
assalamualaikum kcik..gd lux 4 meke be d champion of d king..sy ingt ur xbest bwt lawak,but alhamdulillah akhrnyew lwk kowang mnjdi jugk..:)time nyani lgy dandut 2..heE trhibur cngt..k gd luck,salam
piously_girl92 - 6-Feb-2010
kecik lawak giler...go kecik u can do it....:)
ava - 5-Feb-2010
go kecik go...teruskan perjuangan.Biarlah ape org nk kte,korang dh samapi ctu dh kira ok da..org xkn tw betapa susahnya berada ats pnts selagi bkn dri sndri yang mengalaminya.tpi KECIK kna ingat sllu klu dh setinggi langit jgn lupa rumput di bumi..
Jty - 5-Feb-2010
1 2 3 4 5<<>>
- Terhangat
- Terkini
- Senarai pemenang utk 2tiket & cenderahati WINGS
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini





.jpg)
.jpg)



