KUALA LUMPUR, 16 JANUARI 2010: Kemunculan semula penyanyi Madah Berhelah dan Menadah Gerimis, Ziana Zain, telah memeriahkan pelancaran segmen fesyen terbaru dalam murai.com.my, Stailista, di Royal Ballroom, Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, malam tadi.
Ziana yang telah kembali langsing selepas melahirkan anak kembar, kira-kira 5 bulan lalu, ternyata masih anggun dan mendapat perhatian kira-kira 500 tetamu khas terutama wartawan dan jurugambar yang diundang bagi acara berkenaan yang juga majlis ulang tahun ke-2 portal hiburan murai.com.my
Ziana muncul dengan mengenakan fesyen rekaan Syaiful Baharim selepas barisan peragawati dari Ford Model's Supermodel of the World Malaysia dan model tinggi lampai Fadzlun mempamerkan fesyen rekaan Hazwani Osman, Amir Luqman, Khairi Sufi, Sya Shaharani dan Hatta Dolmat.
Dengan iringan lagu She Works Hard For The Money nyanyian Donna Summer, Ziana menjayakan catwalk bersama gaun petang hitam dan anting-anting mutiara Rafflesia.
"Terima kasih kerana murai sudi mengundang saya. Memang saya telah bersedia untuk kembali menemui peminat selepas anak kembar saya semakin besar. Memang penat menjaga dua anak kecil serentak tetapi itulah pengalaman yang sangat hebat dalam hidup saya dan suami (Armin Zaharin)," kata Ziana yang akan muncul dengan single baru.
Majlis berkenaan cukup meriah kerana selain menonjolkan pertunjukan fesyen tribute kepada era 80-an iaitu Fabulous 80's, ia juga diserikan dengan dengan karpet merah dan persembahan nyanyian dan tarian oleh Fazley Zainal, Alyah, Raja Azura, Ramlah Ram, Amylea AF, Izwan Pilus, Aril, Zul & Isma, Mila dan Ella. Ia dihoskan oleh Reza ERA FM.
Majlis gemilang itu telah disokong oleh Maybelline New York, Sinar FM, Astro Awani, Ford Models Supermodel of the World Malaysia, Jakel, MIG, Jamu Mak Dara, Celcom, GoodSkin Lab & Rafflesia The Pearl Centre dan Hotel Palace of the Golden Horses.
Ramai wajah-wajah baru dan lama hadir seperti Lisa Surihani, Mawi & Ekin, Farawahida, Linda Onn, Syazliana, Azwan Ali, Azizul Khamis, Julie Dahlan, Hanny Nurzara, Akim AF7, Leina Hangat, Siti Nurdiana, Rini, Qhaud AF7, Aishah AF7, Eja, Rohana Jalil, Ayati Tasrip, Akim, Shila OIAM, Lufya AF, Riot KOOL dan Farhan.
Jutaan terima kasih pihak murai.com.my ucapkan kepada semua penaja yang telah sudi menghulurkan sumbangan dan bagi anda pembaca portal ini, jangan lupa ikuti pelbagai paparan foto serta video menarik yang akan kami paparkan nanti.
berita |
Tempatan
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 48
Hantar Komen Anda
Tutup Komen | Papar keSemua 48 Komen
yea..kak ziana i miss u
eddy36 - 25-Jan-2010
hai maiwi apa khabar saya di sin baik saja
bob - 25-Jan-2010
test
kemay - 24-Jan-2010
alah.. kan ziana dah cerita dia pi kat slim world.. ramping balik lah...
Tahniah ziana atas kelahiran cahayamata kembar tu...
noraz73 - 19-Jan-2010
dlm ramai2 artis kt malaysia ni..mila ni la antara yg paling kesian...fesyen ntah hape2..tiap kali ade event...pakaian, make-up, style rambut mmg out dated...pesen sarang tebuan ni yg paling tak sesuwei.....
girllovetocritic - 19-Jan-2010
1 2 3 4 5<<>>
- Terhangat
- Terkini
- Senarai pemenang utk 2tiket & cenderahati WINGS
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini





.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



