Parti Murai: Tribute Untuk Era 80-an!
Jangan Tak Lihat
Teks oleh Thani Hasbullah
KUALA LUMPUR, 11 JANUARI 2009: Kemunculan Tahun Baru 2010 telah membawa semangat baru kepada portal hiburan murai.com.my. Selepas 2 tahun beroperasi, murai.com.my telah berjaya menceriakan lagi dunia hiburan dengan paparan berita dan gosip sensasi setiap hari. Kejayaan ini telah mendorong team murai.com.my bangkit untuk memberi suntikan terbaru kepada kandungan portal ini.
Mulai 15 Januari 2010 ini, anda berpeluang menatap wajah baru murai.com.my. Bukan sahaja kandungan hiburan yang lebih padat dan hebat tetapi kami turut memperkenalkan segmen baru yang memaparkan perkembangan terkini dalam dunia fesyen selebriti yang dibawakan khas oleh Maybelline.
Lebih menarik, pada 15 Januari ini juga, acara parti ulang tahun ke-2 akan berlangsung di Royal Ballroom, Hotel Palace of the Golden Horses (POGH), Seri Kembangan, mulai jam 7.30 malam.
Acara ini yang bertemakan Fabulous 80's itu akan dipenuhi dengan agenda karpet merah, persembahan artis popular, pertunjukan fesyen serta cabutan bertuah. Untuk itu, ramai selebriti popular telah diundang memeriahkannya seperti Lisdawati, Fauzi Nawawi, Farawahida, Fahrin Ahmad, Erra Fazira, Maya Karin, Alyah, Linda Onn dan ramai bintang-bintang program realiti.
Sesuai dengan temanya, majlis yang akan dihoskan oleh Reza ERA ini akan dimeriahkan dengan nyanyian tribute kepada dunia hiburan 1980-an. Alyah yang baru beraksi dalam Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) akan menyanyikan medley lagu Francisca Peter, diikuti Izwan Pilus dan adiknya, Aril AF7 yang akan memberikan tribute kepada David Arumugam dan Loga Alleycats.
Turut membuat persembahan adalah Fazli Zainal yang akan mendendangkan lagu popular Wham! yang sebelum ini melonjakkan nama George Michael. Turut membuat persembahan ialah bintang popular era 80-an sendiri iaitu Ramlah Ram yang akan mendendangkan lagu hitnya.
Selain itu, Ella, Amylea AF, Noryn Aziz dan penyampai Sinar FM, Kak Engku, juga akan muncul di pentas menyanyikan lagu masing-masing. Kesemua mereka akan diiringi secara live oleh Alam Band pimpinan Andry.
Bukan itu saja, tidak ketinggalan ditonjolkan adalah satu gimik hebat oleh seorang bintang yang telah lama menyepi diri yang akan kembali membuat kejutan di pentas. Siapa dia... tunggu....
Apa yang menarik, ada juga segmen khas yang akan menggandingkan GengMurai dan artis terkenal. Siapakah yang akan menyanyi dengan Mila AF5 serta menari dengan Sein & Nana? Semuanya akan terjawab pada 15 Januari nanti.
Majlis itu pasti tidak akan berjaya tanpa sokongan semua penaja iaitu Maybelline dan POGH, Sinar FM, Astro Awani, Ford Models Supermodel of the World Malaysia, Jakel, MIG, Jamu Mak Dara, Celcom, Good Skin Lab & Rafflesia The Pearl Centre.
Bagi anda yang tidak berpeluang ke majlis itu, anda masih berpeluang menyaksikan pelbagai foto dan video menarik yang akan kami paparkan secara eksklusif di murai.com.my bermula dari karpet merah hingga ke persembahan pentas mahupun wawancara di belakang tabir.
Jutaan terima kasih sekali lagi di atas sokongan anda kepada murai.com.my. Teruskan melayari portal hiburan ini yang membawa anda ke gerbang karpet merah dunia selebriti tempatan dan luar negara!

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)