Kelahiran Bayi Selebriti Sepanjang 2009
Jangan Tak Lihat
Sorotan Haswari Ali
Alangkah bahagianya sesebuah perkahwinan apabila dikurniakan cahaya mata. Tahun 2009 ternyata berjaya mengukir senyuman kepuasan buat beberapa selebriti terkenal tempatan apabila dikurniakan cahaya mata. Namun di sebalik berita gembira itu, wujud juga beberapa kontroversi yang tidak disangka apabila ada yang enggan mendedahkan lebih awal dan tidak kurang merahsiakan perkahwinan mereka.
Safura Yaacob
Mungkin kelahiran Mohd Yusof Firdaus ke dunia ini pada jam 4.30 pagi, 30 Disember lalu boleh diklasifikasikan sebagai cahaya mata tahun baru buat pasangan pelakon Safura dan suaminya, Shahronizam Noor. Malah apa yang menjadikan kelahiran itu cukup istimewa lagi kerana mereka adalah pasangan selebriti terakhir yang menimang anak di penghujung 2009.
Bayi seberat 2.01 kilogram itu telah selamat dilahirkan di Hospital Ampang dan merupakan anak ke-2 buat pasangan itu.
Safura telah dimasukkan ke hospital sejak 27 Disember lalu selepas dikenal pasti doktor akan mengalami kelahiran pra matang. Syukur semuanya berjalan dengan selamat.
Erra Fazira
Kemunculan Engku Aleesya Engku Emran pada tanggal 30 Mac lalu, memberi sinar bahagia buat Primadona Melayu, Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran Engku Zainalabidin yang selamat dilahirkan di Hospital Pakar Damansara, Petaling
Jaya.
Kerana populariti Erra sendiri, ramai pihak tidak mahu ketinggalan merakamkan wajah bayi comel seberat 4.04 koligram itu, meskipun Erra telah berjanji akan menunjukkan secara rasmi secara adil.
Namun portal murai.com.my adalah sebahagian pihak media yang telah berjaya mendapatkan foto wajah Engku Aleesya daripada sumber yang boleh dipercayai. Pun begitu ada pihak cuba menafikan bahawa wajah bayi berkenaan bukanlah milik Aleesya. Erra sendiri tidak pernah menafikan atau mengiyakannya.
Ziana Zain
Dengan tempoh 3 minggu lebih awal, penyanyi dan pelakon kening terangkat, Ziana Zain, 41, telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan bernama Muhammad Ariel Armin Zaharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin di di sebuah hospital swasta di Shah Alam, pada tanggal 23 Julai lalu, sekitar jam 10 pagi.
Memang kebetulan jolokan nama Jennifer Lopez Malaysia membuatkan badi bintang Latin itu terkena pada Ziana kerana masing-masing memiliki bayi kembar sepasang.
Namun seperti biasa, Ziana tetap dengan pendiriannya untuk tidak akan mendedahkan wajah bayinya itu kepada khalayak setakat ini. Dan nantikan Ziana pada majlis ulang tahun kedua murai.com.my di ibu negara, pada 15 Januari ini!
Siti Eja
Setelah 10 tahun berumah tangga secara senyap-senyap bersama Mohd Silahuddin Jamaluddin, barulah sekarang pelakon cantik Eja membuka hatinya untuk memiliki cahaya matanya sendiri. Semuanya terjadi selepas pulang menunaikan umrah kali ke-2 tidak lama dulu dan kemudian bercuti di AS.
Maka pada tanggal 3 September 2009, Eja tidak berselindung di sebalik bayang-bayang solo lagi apabila bayi perempuan bernama Nur Eishal telah selamat di lahirkan di Hospital Pakar Damansara. Kerana kelahiran yang agak awal, bayi berkenaan telah menghidap demam kuning iaitu penyakit biasa menyerang bayi selepas kelahiran.
Bagaimanpun semuanya sudah OK sehinggalah Eja telah tampil di hadapan pihak media bersama suami dan Nur Eishal yang ketika ini sudah memasuki usia 3 bulan.
Noorkhiriah
Itulah dinamakan rezeki. Jika 3 tahun lalu Noorkhiriah pernah mengalami keguguran, tapi tanggal 6 November lalu telah membuktikan kuasa Tuhan itu maha besar apabila dikurniakan bayi lelaki.
Bayi seberat 2.56 kilogram yang dilahirkan di Hospital Pakar Damansara itu telah mengurniakan perasaan syukur buat Noorkhiriah dan suami, Azfaidzul kerana penantian 3 tahun akhirnya berbaloi.
Que Haidar & Linda Jasmine
Tiada ungkapan dapat menzahirkan perasaan pelakon Que Haidar apabila melihat isterinya, koreografer Linda Jasmine, selamat melahirkan bayi perempuan mereka yang dinamakan Tengku Ratu Haidar, pada 27 Oktober lalu, jam 2 petang,
Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 30, berkata, dia dan Linda, 36, memilih nama itu ketika Linda hamil 4 bulan dan telah disahkan mengandung anak perempuan. Que akui teruja dengan, kelahiran Tengku Ratu Haidar yang banyak mengubah persepsinya terhadap kanak-kanak.
Kata Que, dulu dia rimas dengan kanak-kanak dan melayani telatah mereka membuatkan dia bingung. Dia kurang selesa, bahkan sentiasa berasa terganggu mendengar suara anak kecil. Tapi sekarang semua itu tidak lagi malah memberi kelegaan buat dirinya.
Lisdawati & Fauzi Nawawi
Juara program realiti tarian Sehati Berdansa 2, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi, menerima bayi ke-2 mereka iaitu seorang bayi perempuan, Nur Aina Fazneesya yang selamat dilahirkan pada 5 November 2009, jam 2.40 petang.
Bayi seberat 3.2 kilogram ini dilahirkan secara normal di Hospital Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur. Bercakap kepada murai.com.my, Fauzi yang juga pelakon dan pengarah drama berkata, isterinya ditahan di wad bersalin sejak jam 12.30 tengah hari.
Katanya, Lisda dijangka bersalin 4 November dan sekiranya Lis masih belum dapat melahirkan secara normal, dia akan perlu dibedah. Namun semuanya telah selamat.
Syarifah Aleya
Selain Ziana Zain, pelakon dan penyampai radio Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya turut dikurniakan anak kembar. Bezanya, Ziana mendapat sepasang anak lelaki dan perempuan sementara Aleya dan suaminya, Ashraf pula memperoleh 2 bayi perempuan yang sangat comel.
Dengan rasa bangga dan bersyukur, Aleya dan suaminya itu telah mengadakan majlis untuk memperkenalkan anak mereka itu kepada pihak media dan peminat. Majlis itu telah berlangsung di sebuah restoran Thai di Bandar Sri Damansara.
Si kecil itu yang telah dinamakan sebagai Aza Ameena dan Asha Ameena telah dilahirkan lebih awal daripada jangkaan iaitu pada 26 Jun lalu.
Awie
Tanggal 8.8.2008 hari ini sememangnya membawa tuah kepada penyanyi serta pelakon Awie atau Ahmad Azhar Othman, 40. Pada hari itulah Awie dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Putra Ahmad Rezzki yang seberat 3.6 kilogram telah dilahirkan dengan selamatnya di Hospital Ampang Puteri, Selangor pada jam 9.46 pagi.
Ini adalah cahaya mata ke-4 buat Awie selepas memperolehi Puteri Aleeya Antasha, 8, dan Puteri Aleefa Antasha, 5, serta Putera Ahmad Merah, 1 tahun 4 bulan.
Aleeya dan Aleefa adalah hasil perkahwinannya bersama bekas isteri terdahulu, Arni Nazira Anwar, 31, manakala Merah dan Rezzki pula menerusi perkahwinan keduanya dengan model Rozana Misbun yang juga adik kepada aktres Haliza Misbun.
Amy Search
Rocker terkenal, Suhaimi A Rahman, 51, atau Amy Search menyambut kelahiran anak ke-5 yang diberi nama Qata At-Tameemi pada 17 November 2009.
Isteri Amy, Norhasniza Hassan (Norish), 28, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5 kilogram, jam 3.55 petang melalui proses pembedahan di Hospital Gleneagles, Ampang.
Amy berkata, Qaqa At-Tameemi membawa maksud `ruang kesempurnaan' dan di dalam sesetengah buku lain membawa pengertian kehidupan sempurna. Seindah maksud nama itu, begitulah juga dia harapkan dengan didikan yang bakal diberi serta kebaikan nama itu akan membentuk keperibadian Qaqa sebagai insani.
Amy memilih nama itu kerana tertarik kisah Ketua Tentera Islam, Qa'qa' bin 'Amr Al-Tameemi yang cukup disegani dan menjadi sahabat serta orang kepercayaan Rasulullah SAW. Tahniah daripada murai.com.my ucapkan kepada semua yang telah dikurniakan cahayamata itu. Selamat Tahun Baru 2010!

.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)