Jom Tengok Rakaman Video Pengakuan Scha
Jangan Tak Lihat
Teks oleh Ahmad Thani Hasbullah
Foto oleh Bonnie Shariff
KUALA LUMPUR, 31 DISEMBER 2009: Desas-desus yang mengatakan pelakon Awan Dania, Scha Al Yahya bercinta dengan Awal Ashaari menjadi semakin kuat setelah kunjungan mereka ke pusat hiburan, Rootz Dance Club di Jalan Bukit Bintang yang telah diserbu pihak berkuasa, baru-baru ini.
Bagaimanapun pelakon Awan Dania dan pengacara Sehati Berdansa 3 (SB3) itu tetap menafikan dia bercinta dengan Awal.
Menurut Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al Yahya, 26, hubungannya dengan Awal hanya sekadar kawan rapat sahaja. Ia ditambah dengan pembabitan mereka dalam SB3 yang baru sahaja melabuhkan tirai Sabtu lalu, apabila ia memengeratkan lagi hubungan mereka.
Sejauh mana benarnya kata-kata Scha itu. Adakah semua ini hanya gimik untuk melariskan SB3 atau diri masing-masing. Siapakah Awal sebenarnya di hati Scha?
Untuk mengetahui pengakuan spontan Scha, jom kita tonton video yang dirakamkan oleh krew murai.com.my, baru-baru ini.
Klik di sini untuk menonton video.

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)