www.murai.com.my : Murai.com.my Berjaya Dilancarkan!



berita | tempatan

Murai.com.my Berjaya Dilancarkan!


Media Galeri


Foto: Baung


KUALA LUMPUR, 22 NOV 2007:  Dengan laungan Lights. Camera. Action! laman web hiburan sensasi dan terkini, murai.com.my, selamat dilancarkan oleh Ketua Editornya, Roslen Fadzil, di Sunshine Club, di sini malam tadi.
    
Majlis berlangsung dalam suasana paling meriah dengan kehadiran lebih 100 bintang ternama tanah air daripada kalangan pelakon dan penyanyi seperti Erra Fazira, Fasha Sandha, Que Haidar, Raja Azura, Nora Danish, Awal Ashaari, Misha Omar, Farawahida, Raja Farah, Eja, Iqram Dinzly, Zainal Alam Kadir, Nana Era.fm Dayang Nurfaizah, Noryn Aziz,  Maya Karin, Ramli MS, Syazliana, Tam, Sharifah Amani, Farhan, Sharifah Aryana, Izwan Pilus, Intan Ladyana, Ning Baizura, Yassin, Reza AF, Edlin, Kevin Zahri, Linda Onn, Fahrin Ahmad serta ramai lagi wajah-wajah glamor.
   

Turut hadir, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Encik Mohd Mahyidin Mustakim serta Datin Seri Tiara Jacquelina, mewakili suaminya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mohd Effendi Norwawi.


Tidak ketinggalan hadir, Kakitangan Pengurusan Kanan ASTRO, wakil-wakil syarikat rakaman, agensi pengiklanan, pereka fesyen, editor akhbar dan majalah hiburan terkenal.


Majlis berkonsepkan paparazzi ala Hollywood itu bermula dengan peragaan tetamu dan selebriti di karpet fuschia (sempena warna logo murai.com.my) sambil diwawancara oleh Reza Era.fm serta editor murai.com.my, Haswari Ali (Ayie). Kira-kira jam 8 malam, Roslen tampil ke pentas memberikan ucapan diikuti acara perasmian dengan gimik khas di clapper board gergasi.


Seterusnya, Misha Omar muncul menyerikan opening gambit bersama lagu popular Irene Cara, Fame. Seterusnya majlis yang diacarakan dengan gamatnya oleh pasangan Zainal Alam Kadir dan Nana Era itu menyaksikan persembahan oleh Dayang Nurfaizah, Noryn Aziz, Farhan, Ferhad, Bront Palarae (pelakon filem Anak Halal) dan Izwan Pilus.


Turut diumumkan juga pada malam tadi, pemenang pakaian terbaik mengikut tema iaitu Black Glam. Ia dimenangi oleh Raja Farah bagi Kategori Wanita yang membawa pulang hadiah kalung mutiara bernilai RM15,000 sumbangan Rafflesia The Pearl Centre manakala kategori lelaki dimenangi oleh peragawan sambilan Aman (RM8,000). Finalis lain ialah Fahrin Ahmad, Eja dan Farawahida (kalung mutiara bernilai RM5,000 setiap satu).


Hadiah bagi pakaian terbaik disampaikan oleh pemilik Rafflesia, Winnie Sin. Barisan juri dibarisi  barisan personaliti dalam dunia fesyen iaitu Rekha Sen, Billbora, Wee Chee dan Sidney Chean. Majlis berakhir kira-kira jam 11 malam.

 

 

 

 

 

Komen-Komen | 7

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





TAHNIAH... berriesgone bersenam kat club?! LOL :) kyairey@yahoo.com www.myspace.com/kyairey
toughKYAIREY - 19-Jan-2008

Bila murai.com nak buat party lagi hah? jgan lupak ajak aku.
waselamba - 8-Jan-2008

-
waselamba - 8-Jan-2008

huh...test
aqeinyma - 28-Dec-2007

Tahniah murai.com berjaya dilancarkan dgn meriah. Hari tu sempat tngok juga di Astro Awani.
deanyard - 27-Dec-2007

1 2 3