6ixth Sense

muzik | Resensi Murai

6ixth Sense

addthis kongsi icon


Waktu saya mula-mula mengenali mereka menerusi kemunculan album pertama, Hari Ini dan Semalam sekitar awal tahun lalu, 6ixth Sense ketika itu masih lagi terlalu baru di dalam bidang ini.


Sekarang ini pun, mereka masih hijau dan baru di dalam industri muzik tempatan kita. Namun, apa yang saya lihat, mereka sekarang ini bertambah matang.


Baik dari segi pengetahuan mereka dalam muzik mahu pun skil permainan mereka. Buktinya, mereka sendiri yang menulis kesemua lagu yang terdapat di dalam album kedua terbaru mereka ini.


Sungguhpun saya masih tidak nampak lagi warna serta identiti muzik mereka yang sebenar. Mungkin sebabnya ialah kerana album ini masih lagi dibayangi dengan album pertama mereka dulu.


Pun begitu, dari segi karya dan material, album ini lebih menampakkan lagi penyatuan mereka sebagai sebuah band muzik.


Malah, saya juga terpaksa akui bahawa ada di antara karya mereka yang tidak boleh dipandang ringan di dalam album ini.


Ia bukan saja mampu membuat penngar menyedari kehadiran mereka di dalam industri muzik ini tetapi juga ambil tahu dengan kerja-kerja muzik mereka.


Misalnya, lagu  Begitu Indah (Cinta) yang mempunyai intro dram yang cukup melekat dan berkesan. Tak Bisa Memilihmu pula mempunyai riffs yang cukup meransang jiwa bersama melodi yang memenuhi selera.


Dalam lagu Kelam yang lebih terkesan nuansa rock mereka, banyak bunyian yang segar yang mereka cetuskan di dalam komposisi lagu itu.


Namun, secara peribadi saya lebih terpesona dengan lagu Kasih Sayang yang dimuatkan sebagai track keenam album ini.


Lagu yang bergerak dengan moderate perlahan ini bagi saya mempunyai resepi yang cukup lengkap sebagai lagu yang mudah menyentuh jiwa walaupun dengan hanya sekali dengar sahaja.


Iringan strings pada lagu ini bersama paduan riffs gitar yang lancar serta paluan dram yang tidak begitu keterlaluan membuatkan ia cukup sesuai didengar berulang-ulang kali.


Malah, saya juga harus katakan bahawa penyampaian vokal sang penyanyinya, Adi juga kedengaran semakin bertambah baik lagi jika dibandingkan album terdahulu.


Saya harap mereka tidak akan terus putus asa untuk memasarkan album mereka di Indonesia. Kalau benarlah, ianya salah-satu daripada impian mereka, berusahalah supaya ianya akan  menjadi kenyataan akhirnya.

Komen-Komen | 2

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





fazai38 - 12-Feb-2008

i love u 6ixth sense
ikhwan - 12-Feb-2008

-
baby_cinta - 3-Jan-2008