Peminat Singapura Tubuhkan CTFM
Jangan Tak Lihat
Teks oleh Razif Rosdi
Irama dan lagu memang tidak dapat dipisahkan. Begitulah juga artis dan peminat. Memang bertuah menjadi penyanyi seperti Dato' Siti Nurhaliza apabila peminatnya yang di bawah kelab Sitizone itu tidak putus-putus menyokong.
Malah keahlian Sitizone bukan sekadar dianggotai warga Malaysia tetapi peminatnya dari Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam. Berkat sokongan itu, peminat fanatik Siti dari Singapura iaitu Khairee Mohamed Karim, 20 atau DJ Khyree, telah mencipta satu saluran radio secara online khusus memutarkan lagu-lagu dari penyanyi ini.
Jom ikuti temubual murai.com.my bersama DJ Khyree (pelajar Tahun 1 Politeknik Ngee Ann, jurusan Diploma IT) yang bersusah payah menubuhkan saluran online bergelar CTFM.
MURAI: Bilakah tarikh asalnya CTFM ditubuhkan?
DJ Khyree: Pada 15 Jun 2009. Idea ini selepas wujudnya laman web Siti masuk tahun ke-3 penubuhannya iaitu sejak 24 Disember 2006.
MURAI: Siapa yang memberikan idea CTFM?
DJ Khyree: Ia idea saya sepenuhnya. Sebenarnya ilham ini sudah lama datang hanya menunggu masa saja. Akhirnya, Jun lepas semuanya telah berjaya dijalankan.
MURAI: Adakah anda mengeluarkan wang sendiri untuk CTFM?
DJ Khyree: Oh, tidak sama sekali. Cuma masa yang dikorbankan sahaja. Namun, saya berpuas hati kerana ia terlaksana dan peminat dato siti juga sambut dengan baik. Ini yang membuatkan saya puas hati sangat.
MURAI: Setakat ni dah berapa ramai pendengar?
DJ Khyree: Alhamdulillah. Ramai pendengar datang dari peminat Siti di Sitizone.com. Ada juga yang datang dari laman facebook dan forum cari. Hingga hari ini CTFM mempunyai lebih dari 100 pendengar setiap hari.
MURAI: Ada berapa ramai DJ selain anda?
DJ Khyree: CTFM ada 3 orang DJ, iaitu saya, DJ Liah (Singapura) dan DJ Aiman Haqimy (Malaysia). Kami juga ada 2 moderator iaitu Fizz Fizi dan Diamond07 dari Malaysia.
MURAI: Adakah Siti tahu mengenai kewujudan CTFM?
DJ Khyree: Dia sudah tahu dan Alhamdulillah. Siti sambut baik dan pernah cakap "Alhamdulillah... Layan..."
MURAI: Bagaimana cara DJ bersiaran? Apakah format dan program yang digunakan?
DJ Khyree: Kami bersiaran menggunakan web-based software, Flatcast.com. Setiap DJ ditugaskan untuk menjaga segmen tertentu. Bagi santai d CTFM bersama DJ Aiman dan DJ Liah dibuat secara selang seli. Kami akan memutarkan lagu pada waktu tertentu. Untuk malam malam (Permintaan Lagu Balada), Tengah Malam (Permintaan Lagu Tradisional) dan slot khas CTFM pula mengikut tema pada setiap minggu.
MURAI: Tiada perancangan menjemput Siti untuk ke udara?
DJ Khyree: Memanglah ramai yang tertanya tanya tentang menjemput Siti sebagai tetamu undangan dan sebagainya. Namun, seperti semua sedia maklum, Siti adalah penghibur yang padat jadualnya.
MURAI: Adakah semua DJ pernah berjumpa Siti?
DJ Khyree: Buat masa ini, masih tiada rezeki untuk menjemputnya. Jika ada, kami di CTFM berbesar hati dan menjemput CT. Saya dan Liah pernah bertemu semasa konsert Satu Jun lalu. Kebanyakan lagu yang dimainkan adalah lagu daripada album Siti.
MURAI: Tiada terniat untuk perkembangkan CTFM ke arah lebih komersial? Adakah setiap DJ mendapat bayaran atau ia percuma?
DJ Khyree: Tentang ke arah komersial, memang pernah terlintas dalam hati dan pernah disuarakan kepada moderator CTFM. Namun disebabkan kami nak mula secara kecil- kecilan dan khaskan untuk peminat Siti saja. Jadi kami buat yang termampu dulu. Setiap DJ telah diberitahu ia secara sukarelawan.
Info DJ:
1. Nur Fazliah Bte Mohamad Ali - 21 tahun (Singapura)
2. Aiman Haqimy Bin Suffian-26 tahun (Malaysia)
3. Khairee Mohamed karim-20 tahun (Singapura)
Berikut antara segmen dalam CTFM:
1. Santai D CTFM - Setiap Isnin # 8.45 - 12.00 malam (Permintaan lagu balada & lagu tradisional)
2. Slot Khas CTFM - Setiap Selasa # 9.00 - 11.45 malam
3. Review Cakera Padat - Setiap Rabu # 9.15 - 11.45 malam
4. Keletah Kak Som - Setiap Khamis # 9.15 - 11.45 malam
5. Carta CT20 - Setiap Jumaat # 9.15 - 11.45 malam

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)