Hafiz Tergamam Kena Gosip Liar Lagi

vaniti | Spotlight

Hafiz Tergamam Kena Gosip Liar Lagi

addthis kongsi icon


Teks oleh Razif Rosdi


Selepas terkena gosip kononnya berubah sikap gara-gara hangat bercinta, penyanyi lagu Masih Jelas, Hafiz Suip, 19, tergamam apabila dituduh mabuk sehingga melanggar seseorang ketika cuti Aidilfitri, baru-baru ini.

Menjawab khabar angin terbaru yang timbul di Internet ini, Hafiz menafikan dengan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan kesal dia menjadi mangsa gosip liar lagi.

"Bila masa pula Hafiz mabuk? Hafiz tak pernah buat benda-benda macam tu. Ia hanyalah fitnah dan gosip liar. Hafiz tidak pernah terbabit dengan apa-apa kemalangan apatah lagi melanggar orang. Tanyalah keluarga Hafiz, sepanjang 10 hari bercuti, Hafiz sentiasa ada dengan mereka di Sarawak," katanya kepada murai.com.my.

Hafiz hairan kenapa sejak akhir-akhir ini dia menjadi mangsa gosip liar namun dia terpaksa akur itulah realiti kehidupan artis yang kadangkala perlu berdepan dengan cerita yang tidak benar.

Mengulas tentang hubungannya dengan seorang gadis F atau Fifie, Hafiz akui mereka hanya berkawan dan bukannya bercinta 'separuh mati' atau bagai nak rak.

"Kami sekadar kawan saja. Sebagai manusia, Hafiz pun perlukan kawan untuk bercakap dan bergurau. Cuma mungkin hubungan kami telah disalah anggap sebagai berkasih.

"Hafiz tidak pernah pun layan cinta sampai tak ingat dunia dan kerjaya. Yang jelas selepas menjadi artis, Hafiz tak pernah clubbing. Dulu ya, memang Hafiz pernah pergi dengan kawan-kawan ketika di Kuching. Cuma kalau foto lama disiarkan, ia adalah cerita lama. Hafiz nak buka buku baru dan memberi tumpuan kepada kerjaya," katanya.

Mengulas tentang kejayaan lagunya Masih Jelas yang layak ke separuh akhir Muzik Muzik anjuran TV3, pada November depan, Hafiz bersyukur dengan rezeki yang diterimanya itu.

"Ia bukan sahaja kejayaan Hafiz tetapi kejayaan pencipta lagu itu Abang Aidit Alfian dan penulis lirik Ad Samad. Hafiz akan berusaha membawakan lagu itu dengan sebaik mungkin," ujarnya.

Komen-Komen | 49

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Helo.. janganlah menyata hafiz tenggalam. Are u the person who arrange his activities? It's not fair Astro only promo Aril & Akim ini memang benar kenapa u nak salahkan Hafiz sendiri. So Hafiz fan keep on voting for his song Masih Jelas.
kumang - 31-Oct-2009

HOH!!!tk habis2 nk mmfitnah hafiz,tk ade keja lain ke?kalau tk minatpun jgnlh bt mcmtu.SABAR JELAH HAFIZ...JGN LYN SGT CITE TK BTUL NI,YG PTG TK BT SDH.BE STRONG BOY...
ANNAPHOEBE - 30-Oct-2009

ok ak mintak maaf..aku akn tetp sokong hafiz..ak cume trkejut die pg dsko...tp ak tau die xpg dah..bgsla...ak akn skng die ampi ble2...mcm korang sume
fan ko!!!! - 30-Oct-2009

bdk ptpl lah kata kann
azlan - 30-Oct-2009

teros saport apiz sbb minat vokal apiz..yg dengki g jauh2!!..gud luck !!
alyapiz - 30-Oct-2009