Teks oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 4 NOVEMBER 2009: Selepas menjalani proses kaji selidik yang dijalankan bermula Ogos lalu, radio-radio di bawah payung AMP Radio Network seperti ERM FM, Sinar FM, THR Raaga/THR Gegar, MY FM, XFM, Hitz.FM, Mix FM dan Lite FM masih kekal menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia.
Keputusan ini diperoleh berdasarkan 5 stesen radio AMP berada di tangga teratas carta manakala beberapa stesen kekal sebagai No 1.
Dari 15.188 juta pendengar, 10.978 juta memilih stesen radio AMP dan ia mengesahkan lagi bahawa AMP adalah badan penyiar yang memiliki kelompok pendengar terbesar. Jurang 6.3 juta pendengar memisahkan AMP dan pesaing terdekat.
Pencapaian ini menunjukkan AMP terus kekal dalam pasaran sebanyak 54% meskipun berada di tengah-tengah persaingan yang semakin sengit.
Ketua Pegawai Operasi AMP, Sree Pathmanathan, berkata industri radio AMP kini berada pada tahap paling cemerlang. Pendengar sudah pandai memilih radio yang ada kandungan terbaik.
"Tinjaun kali ini membuktikan pendengar masih lagi menjadikan radio sebagai sumber informasi dan hiburan. Apatah lagi, pendengar lebih gemar mengikuti konsert dan persembahan yang dianjurkan stesen radio seperti Jelajah 11 Era, Konsert R&R Sinar dan XGig," ujarnya.
Apa yang menarik, dalam carta Top 10 ERA, Sinar, THR (Raaga & Gegar) dan My FM terus unggul dalam kategori masing-masing.
"Selain Era dan Sinar yang terus menjadi pilihan ramai jutaan pendengar Melayu, MY FM kini adalah stesen Bahasa Cina No 1, Hitz.fm (Bahasa Inggeris No. 1) dan THR Raaga (Bahasa Tamil No.1)," jelasnya.
Berikut adalah prestasi radio AMP:
ERA FM: Aznil Riuhkan Pagi ERA bersama Din Beramboi makin diminati.
Satu-satunya rancangan sarapan pada 5 tangga teratas yang merekodkan peningkatan positif dan mencatatkan peningkatan. Pendengar Riuh Pagi ERA kini menjangkau 1.8 juta.
Sinar FM: Terus menyinar dengan Muzik Retro Terbaik.
Gandingan Krill, Kak Engku dan Salih Yaccob terus menceriakan suasana pagi peminat Sinar Pagi dan membawa Sinar Pagi ke satu tahap yang berbeza. Ia menjadi program Sarapan No1 di kalangan pendengar 20 tahun ke atas dengan 1.63 juta pendengar.
THR Raaga: Tidak berganjak sebagai stesen Tamil No 1 Malaysia.
Dengan 1.55 juta pendengar, kedudukan THR Raaga masih belum dapat digugat. Program Lewat Petang & Sarapan adalah program paling diminati dengan masing-masig mempunyai 871,000 dan 763,000 pendengar.
THR Gegar: Permata Pantai Timur.
Secocok dengan gelarannya, THR Gegar terus bertakhta di hati pendengar Pantai Timur, sekali lagi muncul sebagai stesen radio No 1 di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Prestasi cemerlang diperlihatkan lagi dalam Kajian Ke-2 oleh Nielsen tahun ini.
MY FM: Kekal mendahului sebagai stesen Bahasa Cina No 1.
MY FM teguh di tempat teratas sebagai stesen Bahasa Cina yang mempunyai paling ramai pendengar. Bahkan, bilangannya bertambah lagi 113,000, oleh itu kini ia mempunyai 2.3 juta pendengar.
Hitz.fm: Sedekad bergelar stesen Bahasa Inggeris No 1 Malaysia.
Dengan 1.15 juta pendengar, hitz.fm merupakan satu-satunya stesen Bahasa Inggeris yang memiliki pendengar melepasi 1 juta. JJ & Ean menyambung legasi Morning Crew sebagai Program Sarapan Bahasa Inggeris No 1 negara dengan jumlah pendengar sebanyak 456,000.
MIX fm: Tinjauan kali ini memperlihatkan MIX fm mencapai 413,000 pendengar, dan 90% daripadanya berada di kawasan bandar. Antara stesen bahasa Inggeris yang berjaya menarik pendengar berpendapatan tinggi (di tempat ke-2 selepas LiteFM), dengan hampir daripada 50% daripada pendengar MIX fm berasal dari isi rumah yang berpendapatan lebih RM3,000 sebulan manakala 30% lagi mempunyai pendapatan lebih RM4,000.
LiteFM: LiteFM menjangkau 286,000 pendengar dan masih menjadi stesen radio No 1 untuk pendengar yang berpendapatan tinggi.
XFM: Masa yang diluangkan oleh pendengar sasaran XFM, iaitu pendengar bangsa Melayu berumur 15 -24 tahun, untuk mengikuti siaran stesen radio ini melonjak 2.5 jam lagi menjadikannya kini 10.36 jam. Kenaikan angka masa mendengar ini amat penting untuk XFM, membuktikan ia stesen yang sangat relevan kepada anak-anak muda walaupun dengan adanya pelbagai pilihan aktiviti dan teknologi bagi mengisi gaya hidup mereka.
vaniti |
Spotlight
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 41
Hantar Komen Anda
Tutup Komen | Papar keSemua 41 Komen
Ape ni AMP?
cuba nak jaga nama ke?
buat org gelak je..
memangla keseluruhan AMP no1.. sebab jumlah radioa bawah AMP byk kot!
yang nedia prima cuma 3 je..
deejay era bosan la..
kalau tukar dj, gerenti, ramai akan dgr era balik..
i want dj with BRAIN!
Amir - 12-Nov-2009
harap sinar terus suksess. makin pikat ramai pendengar.sayang linda.u go girl.
fazza - 10-Nov-2009
suka dgr linda dr dulu2. so skang linda kat sinar.ikut gi sinar.pg2 dgr krill,abg jem n kak engku pun best gak.so sinar the best.rindu halim othman.hot? sori x suka fafau sejak dia bnyk sgt muncul kat tv. jemu.dulu2 ok.
FAZZA - 10-Nov-2009
Bagi i, radio dbwh Amp ni lagi best didgr bding radio mp tu. cara pnyampaian, mbingitkan telinga mdgr. if tension lagi giler dgr si fafau n faizal tu n etc tu. cuma hrp 'pglan hangit' yg suka mgena kan org tu, tak suka lgsg. Sinarfm, mixfm sume best.
CARLA - 10-Nov-2009
Takperla hot fm no. 1 utk setahun ke 2 tahun ker..era tak heran..sebab dah jadi no 1 untuk 10 tahun beb....jgn lupa zaman halim othman dan linda on dulu....Era dah tak kisahla pasal no. 1 tu....
nora.. - 9-Nov-2009
1 2 3 4 5<<>>
- Terhangat
- Terkini
- iPad Mini & Samsung Galaxy S4 untuk dimenangi di dlm Peraduan Food Stailista.
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini





.jpg)
.jpg)



