www.murai.com.my : Perihal Banglo RM2.4 juta Linda Onn



gosip | gosip kita

Perihal Banglo RM2.4 juta Linda Onn


Media Galeri



KL, 20 OKTOBER 2009:  Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan segala-galanya. Demikianlah suratan hidup Linda Onn yang akhirnya tidak jadi berkahwin dengan Fahrin Ahmad. Hubungan mereka telah tinggal satu sejarah tetapi kenangan itu Murai Batu dengar ada terpalit pada sebuah rumah besar yang baru dibeli dan diduduki Linda sekarang.

Murai Batu telah mendengar cerita eksklusif ini daripada satu sumber sewaktu Murai Batu mengikut teman wartawan dari murai.com.my bertandang ke rumah baru Linda, 32, yang terletak di Bukit Indah, hujung minggu lalu. Banglo 6 bilik itu memang besar dan cantik, tersergam di pinggiran bukit. Ia mempunyai sebuah kolam renang untuk Linda dan anak-anak buahnya bersantai.

Harganya? Memang ramai hendak tahu sangat tentang harganya dan Murai Batu difahamkan ia mencecah sekurang-kurangnya RM2.4 juta. Kelas Linda Onn...

Kata sumber itu lagi, banglo mewah itu sepatutnya diduduki oleh Linda bersama Fahrin kerana mereka sebenarnya telah merancang untuk berkahwin pertengahan tahun lalu. Dengan erti kata lain, rumah itu mahu dijadikan sebagai harta sepencarian mereka bersama tapi apa boleh buat, cinta mereka akhirnya putus di pertengahan jalan.

Dengan perancangan yang tidak menjadi itu, Linda tetap redha malah meneruskan hasrat untuk memiliki rumah itu juga walaupun dia sudah ada sebuah rumah besar Beverly Heights. Ampang.

Murai Batu tahu, ramai mula bergosip dari mana Linda mendapat duit untuk membeli rumah sebesar itu. Kata Linda, itu semua menggunakan titik peluhnya sendiri yakni daripada tugas di stesen radio serta menguruskan 6 restoran nasi ayam dan asam pedas di Lembah Klang.

Jadi janganlah siapa-siapa hendak bergosip Linda kononnya ditaja oleh mana-mana VVIP.  Syabas Linda kerana awak seorang wanita yang gigih dan begitu independent.


MURAI BATU: Berkenan pula tengok teman baru Linda, Salleh yang turut datang beraya di rumahnya itu. Tunggu apa lagi Linda, kira jadilah tu!
Komen-Komen | 73

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





rumah linda ni mmg kelasss la.... b'tmbh2 rezeki linda sjak putus dgn fahrin tu...
ruddy - 3-Nov-2009

Cari lelaki yang boleh mendatangkan hasil bukan yg tak tentu income lagi better....
shasha - 3-Nov-2009

Tahniah Linda, bangga tengok wanita berjaya dengan hasil titik peluh sendiri bukan di taja mana2 pihak.Alhamdulillah rezeki Allah untuk linda.
Nur - 2-Nov-2009

alah kak linda u don worry la ...tu kan sume rezeki ......org cakap pew pun lantak ko lah nok ....kurang2 pun ko x d taja ......yg penting klazzzz ko
fendi yusof - 2-Nov-2009

baru mmg lah cantik....
mama - 1-Nov-2009