www.murai.com.my : Kecurangan KD Ada Dalam Lagu Anang



gosip | gosip kita

Kecurangan KD Ada Dalam Lagu Anang



KL, 18 OKTOBER 2009: Kecewanya Anang Hermansyah terhadap bekas isterinya, penyanyi terkenal Krisdayanti yang telah diceraikan dengan talak 3 gara-gara bersikap curang, kini digambarkan dalam sebuah lagu khas.

Lagu nyanyian Anang itu adalah ciptaan Anang sendiri berjudul Separuh Jiwaku Pergi. Murai Batu difahamkan, lagu itu akan diedarkan oleh syarikat rakaman Suria Records (SRC) di Malaysia tidak lama lagi tetapi ketika ini peminat sudah boleh menyaksikan rintihan hati Anang dalam lagu itu di YouTube.

Baiklah itu cerita Anang, ini pula cerita KD. Dalam kesedihan diceraikan dan menyambut raya tanpa suami dan anak-anak, KD akan datang menjayakan sebuah mini showcase di KL pada 23 Oktober ini bagi membantu kutipan dana untuk mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera.

Persembahan KD dengan 8 lagu itu akan berlangsung di Borneo Baruk Club, Jalan Kia Peng, KL mulai jam 8.30 malam. Jadi bagi peminat setia KD, jangan lupa memangkah diari anda untuk bersama KD dan membeli tiket amal yang berharga RM50.

Murai Batu tidak pasti pula adakah kawan baik KD, Dato' Siti Nurhaliza akan turut sama menyaksikan persembahan KD sebab masa Siti menjayakan Konsert Satu di IB, KD sanggup terbang ke KL.

Apapun, kita hayati lagu karya Anang yang dikatakan ditujukan khas buat KD itu.


Separuh Jiwaku Pergi

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Kau main hati
Dengar sadarmu
Kau tinggal aku

Benarku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu

Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurrkan semua


MURAI BATU: Memang mendalam maksud lagu itu. Walaupun telah becerai, harap KD dan Anang janganlah
terus berperang.


 

Komen-Komen | 22

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





buat anang kd berdamailah hatimu,jangan saling benci bila sudah berpisah
hapy hasby - 29-Oct-2009

Na kejar lelaki kaya..sangup curang dngn suami pula tu.. klu blh jngn bagi KD nyanyi dmlysia.. nyampah je..
Layarlara - 28-Oct-2009

wat malu kaum pompuan je.hai x kan x puas dgn laki sendiri.dunia.dunia.....
mz - 28-Oct-2009

setuju dgn "nash".. sudah2 ler letak cerita sal artis indon nieh..dorang siap pijak bendera kita lagi..klau aku, serik dh nak letak sal cerita dorang nieh..xusah agungkn artis indon nieh..sokong industri tempatan kita!
mama - 24-Oct-2009

Menyampah pulak aku tengok muka KD yg curang tu. Betul kata Nora Dato CT dpt bekas laki orang tu pulak cara merampas eheh!
Gedebom - 22-Oct-2009

1 2 3 4 5