www.murai.com.my : Qabil Tak Jadi, Siapa Pula Selepas Ini?



gosip | gosip kita

Qabil Tak Jadi, Siapa Pula Selepas Ini?




KL, 15 OKTOBER 2009:  Kalau sebut tentang gosip cinta dan hubungan dengan lelaki, Fasha Sandha boleh dikira top of the list. Dari dulu sampai sekarang dah berderet-deret lelaki bujang, suami orang dan duda dikaitkan dengan Fasha tetapi semuanya masih belum menjadi.

Entahlah di mana silapnya tetapi semua ini juga berbalik kepada jodoh. Lihat saja perkembangan terbaru Fasha, 25, yang tidak jadi kahwin dengan jaguh sukan berkuda atau ekuin negara, Qabil Ambak, 29.

Baru-baru ini, Qabil sudah membuat pengakuan terbuka bahawa dia tak jadi kahwin dengan Fasha walaupun awalnya ada merancang ke arah itu. Qabil sebaliknya hanya mahu terus bersahabat dengan Fasha dan dia sudah mempunyai gadis lain untuk dijadikan isteri. Hai, frust menonggeng lagi Fasha tetapi sekurang-kurangnya dia masih mempunyai Rizal Ashram atau Jejai, bekas suami Nora Danish sebagai pengubat duka kan?

Persoalannya di sini, dengan siapakah Fasha akan bernikah? Semua itu akan muncul dalam episod-episod gosip akan datang atau atau dalam istilah perfileman disebut next change.

Yang jelas, Murai Batu lihat, Fasha juga telah kembali ke limelight media cetak terutama akhbar utama yang sudah memberikan liputan kepadanya seperti dulu. Tentunya hubungan dingin yang pernah tercetus dulu sudah berjaya dipulihkan dan Fasha juga kelihatan semakin ceria. Baguslah tu.

Dari segi lakonan, Fasha akan muncul dalam siri Spa Q musim ke-3 dan yang sensasinya dia akan berlakon dengan Nora Danish. Tapi sumber bercakap, Fasha bukan berjumpa dengan Nora dalam satu babak, tetapi hanya di set sahaja. Itu pun sudah cukup dan Murai akan teropong apa jadi dengan mereka apabila lama sudah tak bersua. Jeng.. Jeng... Jeng..


MURAI BATU: Nak tunggu macam mana lakonan Fasha dalam filem 4 Madu arahan Prof A Razak. Semalam, Murai Batu tengok filem Pisau Cukur lakonan Maya Karin dan Nurfazura dan Murai Batu berani cakap ia filem komedi terbaik selepas Setem!

Komen-Komen | 135

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





ntah aku x minat r die neh lantak ko la nk ngn jantan mne hal ko kn tu ko punye pasal. sorila ek...aku x minat ko la pempuan...
miu - 29-Oct-2009

Rasanya tak perlu utk kecoh sape bakal suami Fasha krn semua org xkan tahu kecuali Allah. Kalau dah jodoh dgn org bujang, ahli sukan, artis atau suami orang, itu semua tlh ditentukan. Manusia hanya mampu merancang.
manchilly - 29-Oct-2009

if tak report citer minah ni tak bley ke??? plastik toi.wat nyemak indstri jer.
immgurly - 28-Oct-2009

dia 2 perasan cun... gedik jak memnjang... x sedar diri...
kentut - 28-Oct-2009

Bosan!!!! lah asyik dengar gosip dia....asyik popular dsgn gosip aje....
- 27-Oct-2009