Rini AF7 Ganti Cham Di ERA FM
Jangan Tak Lihat
KL, 17 OKTOBER 2009: Walaupun tersingkir pada minggu ke-3 konsert Akademi Fantasia 7 (AF7) bersama teman gosipnya Obri, Rini makin murah rezekinya.
Murai Batu dapat tahu, Rini yang diminati dengan lagu arwah Seha, Seloka Cinta Remaja, sering dipanggil untuk show di sana-sini disebabkan suaranya yang serak-serak basah dan keramahan mulut melayan peminat.
Terbaru, Murai Batu dengar cerita Rini akan menjadi ahli keluarga ERA FM bermula November ini. Murai Batu difahamkan cerita ini semakin betul apabila suara Rini ketika ini sering menghiasi konti Era untuk iklan atau pun berita.
Paling menarik, promo raya tentang pasangan suami isteri pulang ke kampung untuk beraya juga menampilkan suara Rini bersama DJ Reza Mohammed.
Berita ini menjadi semakin kukuh apabila DJ burung hantu ERA iaitu Cham, tidak lagi bersama radio itu. Malah penyertaan Rini yang menjadi DJ pada hujung minggu ini dikatakan menggantikan tempat Cham yang sudah hampir sebulan mengucapkan Sayonara kepada ERA.
Selain Rini, Murai Batu juga dapat tahu bahawa peserta pertandingan Anak Wayang iaitu Feeya akan turut sama menganggotai barisan penyampai ERA.
Malah, Rini dan Feeya akan berganding pada setiap Sabtu dan Ahad untuk melayan pendengar setia ERA. Tahniah diucapkan kepada Rini dan Feeya. Moga ERA lebih berseri dengan kemasukan 2 bunga ini.
MURAI BATU: Bangga kerana bintang-bintang AF yang bukan finalis juga tidak terabai. Kata orang kalau ada bakat, usaha dan rezeki, semuanya tak akan ke mana.

.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)