www.murai.com.my : Umie Nikah Januari 2010 Secara Tertutup



berita | tempatan

Umie Nikah Januari 2010 Secara Tertutup


Media Galeri


Teks oleh Haswari Ali
Gambar oleh Mazlan Yunos Photography


KUALA LUMPUR, 30 SEPTEMBER 2009:  Kerana mahu majlis pernikahan yang akan diadakan pada Januari 2010 nanti lebih bersifat peribadi, pelakon Umie Aida, 36, dan bakal suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, telah bersepakat untuk melangsungkan upacara itu secara tertutup.

Umie yang telah selamat bertunang dengan usahawan itu di Bukit Kiara, di sini malam tadi, Selasa, berkata, hanya keluarga mereka sahaja akan diundang pada majlis pernikahan itu nanti.

"Ini adalah permintaan kami berdua supaya diberikan ruang pada hari nikah kami nanti. Hanya keluarga sebelah saya dan Abang (panggilan buat Khairuddin) saja yang akan hadir pada majlis pernikahan kami.

"Untuk teman wartawan, jangan risau. InsyaAllah saya akan kirimkan gambar pernikahan kami kelak untuk kegunaan anda semua," katanya.

Bagaimanapun tambah Umie, sebuah majlis resepsi untuk pihak media dan rakan terdekat secara kecil-kecilan akan menyusul iaitu selepas 2 minggu mereka berkahwin nanti.

Majlis pertunangan Umie bersama Khairuddin telah selamat berlangsung di penthouse mewah yang bakal didiami mereka berdua selepas bergelar suami isteri di I-Zen, Mont Kiara 1, Kuala Lumpur sambil disaksikan lebih 100 tetamu.

Antara tetamu berkenaan ialah 2 teman rapatnya Erra Fazira dan Zahida Rafik yang turut mengiringi Umie ketika acara menyarungkan cincin oleh bakal mertuanya, Puan Balkish Hj Ahmad, 70, (gambar atas).

"Mungkin ramai pihak menyangka dapat bertemu dengan Abang hari ini. Tapi bagi pihaknya saya minta maaf kerana dia tidak biasa. Lagipun dia seorang yang pemalu. Saya yakin dia akan tercungap-cungap bila dikerumuni wartawan," katanya. Namun 2 anak Khairuddin, Mohd Shafiq, 19, dan Mohd Shahir, 16, hadir malam tadi.

Pihak lelaki membawa sedulang hantaran yang berisi satu set barangan kemas dari jenama Chopard berbentuk cincin, rantai dan subang selain tepak sirih dan cokelat berjenama Patchi. Manakala Umie membalaskannya dengan sedulang hantaran yang berisi tepak sirih, strawberi, kurma Bateel, bunga rampai dan biskut Harrods.

Umie yang kelihatan manis dengan persalinan kurung moden biru firus dari fabrik cifon rekaan Bill Keith merasakan cukup bertuah kerana dipertemukan dengan seorang insan yang boleh menerima dirinya seadanya. Turut hadir, ibunya, Asmah Mohd Ali, 61.

Katanya hubungan secara serius selama lebih 5 bulan mungkin agak singkat, tapi apa yang lebih utama apabila lelaki anak 2 yang telah menduda sejak 15 tahun lalu itu pada masa sama boleh menerima 2 anak angkat yang dipeliharanya sejak kecil. iaitu Mohd Daniel Firdaus Abdullah, 16, serta Mohd Dzulhelmy Jamaluddin, 15.
 
"Sebenarnya agak lama juga Umie memberikan kata putus untuk menerima lamaran Abang. Tapi apa yang membuatkan saya terbuka hati kerana dia boleh menerima saya dan anak-anak saya.

"Bagi saya, walau sekaya mana seorang itu, tapi kalau tidak dapat menerima saya dan anak-anak saya, saya tak akan menerima dia. Itu yang saya utamakan. Tapi Abang lain orangnya. Dia juga seorang pemalu," katanya.

Ditanya adakah dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri memandangkan sudah sekian lama berdiri di atas kaki sendiri, Umie berkata pada awalnya dia agak gusar tetapi kerana sedar dengan kejujuran Khairuddin, dia tidak menoleh kebelakang.

Umie turut menambah, dia tidak pernah mengidamkan sebuah majlis perkahwinan impian seperti kebanyakan insan lain, namun jelas pelakon filem Embun dan Diva Popular itu cukuplah segalanya berjalan dengan penuh kesederhanaan.

"Saya tidak pernah mengimpikan sebuah majlis perkahwinan sebab ingatkan saya tidak akan kahwin sampai bila-bila. Saya tidak ada apa-apa rancangan pun untuk majlis resepsi nanti.

"Cuma apa yang saya harapkan selepas berkahwin nanti jangan ada sesiapa panggil saya Datin. Kerana hakikatnya saya akan terus berlakon seperti biasa dan masih macam dulu. Tapi dalam masa sama saya  akan buat perniagaan kecil-kecilan. Itu yang Abang inginkan," kata Umie yang banyak dibantu oleh kakaknya, Erma Fatima dalam menguruskan majlis itu.

Antara rakan artis lain yang datang ialah Chef Wan, Lisa Surihani, Jasmin Ahmad, Noniswara dan Linda Onn dan semuanya mendoakan Umie dan Khairuddin akan selamat disatukan kelak

.
 

Komen-Komen | 127

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





bertuah badan Umie, jodoh kalau ada ia x lari mana, dgn siapa ia semua ketentuan Ilahi
XPX - 14-Oct-2009

hidup umie aida... tahniah diucapkan dan ikutlah kata hati anda, bukan kata hati orang lain
Zailda - 14-Oct-2009

banyak gak orang yang dengki kat umi ni ! go umi...pada aku ,kau cantik..dan bertuah dapat dato. tahniah !!!!
'naga' - 13-Oct-2009

semoga kak umi bhagia dn akn kekal sampai bl2 jgn tunang lme2,mcm2 dugaan akn dtg alam ptunangn ni
adk cute - 13-Oct-2009

Muka da tak lawa bab byk cucuk2. Orang kata "biarlah natural beauty". Kalau org nak mcm mana pun org tetap nak.Tak payah ubah2. Untunglah dpt datuk lagi,byk duit blh ubah yang lain pulak.
"emas" - 13-Oct-2009