muzik | buletin muzik

Ella Sedia Gegar Mist Club 16 Ogos!

10-Aug-2009 | Oleh: Haswari Ali


Teks oleh Haswari Ali


KUALA LUMPUR, 10 OGOS 2009:
  Selepas sekian lama tidak muncul dengan sebarang persembahan solo, Ratu Rock Malaysia, Ella bakal menggegarkan pentas Mist Club, Jalan Riong, Bangsar sempena mini konsert penyanyi berkenaan pada Ahad ini, 16 Ogos, mulai jam 8 malam.

Persembahan yang dibawakan oleh kamera Canon PowerShot itu, menampilkan Ella dengan variasi lagu-lagu terhebatnya ketika menaungi EMI Malaysia dan Warner Music Malaysia serentak menerusi album terkini penyanyi legenda berkenaan, The Greatest Hits Ella.

Antara lagu evergreen yang bakal dinyanyi oleh Ella seperti Layar Impian, Permata Biru, Gemilang, Pengemis Cinta, Kesal, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Cinta Selembut Sutera, Kasih dan Esok, Lusa Selamanya termasuk yang terbaru seperti Puisi Hamba dan Rama-Rama.

Yang menarik, peminat setia Ella boleh menghadiri parti rock berkenaan dengan hanya membawa kamera jenama Canon di mana-mana cawangan Canon Concept Store di sekitar Lembang Klang untuk memenangi 4 tiket percuma ke persembahan itu.

Sementara bagi mereka yang bukan pengguna Canon, 2 tiket percuma akan diberikan kepada anda dengan penukaran keratan iklan khas menerusi akhbar-akhbar utama tenpatan di mana-mana cawangan Canon Concept Store.

Dapatkan tiket percuma di cawangan Canon Concept Store di Suria KLCC, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, Pavilion KL, The Curve, Low Yat Plaza dan 1 Utama sejak 8 Ogos lalu.

Menghangatkan lagi persembahan Ella, turut diadakan kempen PowerShot Power Sale yang memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli kamera terbaru Canon dengan harga paling berpatutan. Ella dan Canon memang rock!



Komen-Komen | 7

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





ella is the most beauty...with or without make up.. penah jupe live..
nurie - 11-Aug-2009

ella the best...dulu,kini n ever...
nurie - 11-Aug-2009

muka ella macam plastik je????
antirock - 11-Aug-2009

minat sore ella yg besh!!! tp bile nk kawin...
ally - 11-Aug-2009

OOOO bst nyer... ahad ni kita turun ramai2 tgok akak Ella kat Mist Club tu
Nilly - 11-Aug-2009



  • Terhangat
  • Terkini