www.murai.com.my : Faizal Dah Langsai Hutang PTPTN



apm 2009 | berita

Faizal Dah Langsai Hutang PTPTN



Teks oleh Haswari Ali


KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2009:
  Sekitar jam 3 pagi pada 18 Julai lalu, penyanyi kontroversi Faizal Tahir telah selamat sampai di Jakarta bagi menjayakan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) yang berlangsung pada sebelah malamnya.


Kemunculannya pada majlis anugerah yang membabitkan karyawan muzik dari 3 negara itu sekaligus membawa maksud Faizal tidak lagi berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Bercakap kepada portal murai.com.my, Faizal berkata dia memang sudah pun membayar semua hutang PTPTN yang dipinjamnya bagi membiayai  pengajiannya di peringkat diploma dan ijazah tidak lama dulu.


Faizal berkata, dia sedar akan kesilapannya kerana telah melengahkan bayaran pinjaman PTPTN berkenaan sehingga menyebabkan dia dihalang daripada menaiki pesawat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) untuk ke Jakarta pada 16 Julai lalu.


"Ya ,saya sudah bayar semua hutang itu. Saya telah pergi ke pejabat PTPTN keesokannya dan berada di sana dari jam 7 pagi hingga 5 petang untuk menyelesaikannya.


"Saya akui kalau perkara ini tidak berlaku (halangan menaiki pesawat) saya sendiri tentunya tidak ingat. Saya anggap ia sebagai hikmah dan peringatan paling baik buat saya. Mana tahu mungkin selepas ini PTPTN akan jadikan saya sebagai duta mereka pula," katanya yang masih sempat berjenaka dalam nada lega.


Faizal menambah, kerana jadual kerjanya yang terlalu padat menyebabkan dia terlupa untuk membayar pinjaman berkenaan. Dia memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.


Faizal berkata, isu disenarai hitamkan oleh PTPTN merupakan insiden yang cukup peribadi buatnya dan tidak mahu perkara ini digemar gemburkan lagi memandangkan pembayaran sudah pun dibuat dengan segera.


Katanya, nasibnya kurang baik apabila perkara ini terjadi ketika dia ingin terbang ke Jakarta bagi menghadiri APM2009 yang mengakibatkan perkara ini menjadi perhatian pihak media.


"Bukanlah bermakna saya bernasib malang. Tapi ia sebagai pengajaran yang akan saya ingat sampai bila-bila. Lagipun bukan saya sorang saja yang tidak membayar, ada ramai lagi. Tapi malang sekali dalam situasi  nama saya naik sebab saya artis. Tak mengapa, saya akur dan faham," katanya.


Faizal menjelaskan, tiada istilah layanan istimewa yang diterimanya ketika dia membuat pembayaran di pejabat PTPTN. Sebaliknya kata penyanyi Coba dan Sampai Syurga itu, sebagai warganegara Malaysia yang lain, dia juga turut melalui proses yang telah ditetapkan bagi melangsaikan pembayaran hutang berkenaan.


"Tidak susah sebenarnya, bagaimanapun bukan semua mahu member kerjasama lebih-lebih lagi dalam keadaan terdesak seperti itu. Bukan bermaksud saya artis atau penyanyi maka saya akan menerima layanan istimewa. Semuanya sama saja saja dan kalau kita sedia membayar, pihak kerajaan lebih daripada suka untuk memudahkan hasrat kita itu.


"Tapi apa yang boleh saya katakan di sini, saya hanya dapat tidur 2 jam saja untuk menyelesaikan kes ini sehingga saya diterbangkan ke Jakarta," ceritanya lagi.


Ditanya adakah dia suka dipanggil sebagai Raja Kontroversi?, Faizal bagaimanapun kurang bersetuju dengan gelaran itu kerana segala kontrovesi yang terjadi kepadanya selama ini tidak pernah dipinta, malah kalau boleh mahu dijauhkan.


Komen-Komen | 26

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





ok lah wat sume ?
es - 29-Jul-2009

sudah..jangan gaduh2..mana yang masih tak bayar tusendiri mau ingat la.. bunganyer naik setiap bulan..
ss - 27-Jul-2009

hahaha salah ker dia ada hutang kat ptptn? janji dia dah abis bayar.
Amoy - 27-Jul-2009

hey toyol...sibuk la kau..pok alu! mentang-mentang la kite dua nie tak sekolah tinggi..takde hutang dgn PTPTN...sebab tu la tak yah nak sekolah kat U ke Kolej ke...janji bahagia....GO FAIZAL!
indu daha. - 27-Jul-2009

syukur,hutang dah abis
hairder - 26-Jul-2009