vaniti | spotlight

Hantar Foto, Dapat Burger Percuma!

22-Jul-2009 | Oleh: Razif Rosdi

Media Galeri


Teks oleh Razif Rosdi

 
Jenama terkenal, Burger King, melancarkan produk terbarunya, BK BBQ Beefacon Chesse Stacker yang mempunyai 3 jenis iaitu burger iaitu Single Stacker, Double Stacker dan Tripple Stacker. Burger terbaru ini ada keistimewaan sendiri dan mula berada di pasaran untuk promosi dari 23 Jun - 15 Ogos 2009 ini.


Penolong Pengurus Pemasaran Cosmo Restaurant Sdn Bhd, Intan Srihana Daud, berkata rasa burger baru ini sangatlah lazat dan enak.


"Setiap jenis BK BBQ Beefacon Chesse Stacker ini ada western feel di mana anda dapat rasa sos barbeku dan daging smoke yang dibakar garing. Malah, kalau anda makan yang Triple Stacker ia lagilah sedap sebab ia pdat dengan daging dan sos yang enak," ujarnya.

Bersesuaian dengan jenis burger yang bertingkat-tingkat, satu pertandingan menghantar foto kreatif dilancarkan bagi memeriahkan promosi daripada Burger King ini.


"Di sebalik promosi ini, kami sedang mengadakan pertandingan foto paling kreatif yang terbuka kepada sesiapa saja kecuali kakitangan Burger King. Anda cuma perlu merakamkan foto yang ada unsur bertingkat-tingkat ke laman web rasmi kami. Pertandingan ini sedang bermula dari 9 Julai - 3 Ogos ini.


"Setiap foto itu mestilah kreatif dan asli. Foto superimposed juga diterima tetapi akan diadali oleh juri profesional dari pihak Burger King dan agensi kami. Kami akan memilih 10 pemenang sahaja. Bagi sesiapa yang menyertainya dan foto berjaya disiarkan, anda boleh muat turun kupon diskaun untuk produk terbaru ini.


"Untuk Single Stacker anda boleh dapat diskaun RM1, manakala Double dan Tripple Stacker pula masing-masing mendapat diskaun RM2 dan RM3. Anda boleh muat turun kupon ini seberapa banyak tanpa had," jelasnya.


Bagi 10 pemenang pertandingan ini, Burger King menyediakan hadiah kupon percuma bagi ketiga-tiga jenis burger serta hadiah eksklusif dari Burger King. Difahamkan, penjurian dibuat berdasarkan foto yang paling kreatif, lucu dan asli. Tiada sistem undian dibuat dan keputusan diadili juri 100 peratus.


Berminat? Sila hantarkan penyertaan di stackisfaction.com.my sekarang!

 



Komen-Komen | 9

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





hidangan I masa bualan ramadan.. rindu BK
Man Jo - 29-Jul-2009

Semestinya Burger King.. saya raja
AzlanKing - 27-Jul-2009

Saya suka whopper, sekali cuba mesti nak lagi
fer - 27-Jul-2009

stacker sedaaaaaaaaap gile
Seri - 27-Jul-2009

i like burger king...whopper..wonderful...
lynn - 23-Jul-2009



  • Terhangat
  • Terkini