glamorama | klik-klik

Kemesraan Ning Tak Pernah Pudar

13-Jul-2009 | Oleh: Haswari Ali

Media Galeri


Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Baung.com & Muhamad Farid Nuzli


Satu perkara yang tidak pernah hilang daripada Ning Baizura adalah kemesraan serta keramahan.  Sama ada masih bujang atau berkahwin hinggalah kini menguruskan kerjaya seninya secara solo, Ning adalah seorang artis yang tidak pernah sombong dengan semua orang.

Walaupun sibuk dengan persembahan di sana sini dan menjadi duta produk Osim serta Instead Soft Cup, penyanyi Awan Yang Terpilu ini masih sempat menjenguk dan bertanya khabar rakan-rakan media murai.com.my.
 
Selain melepaskan rindu, Ning juga ingin mengenal lebih lanjut tentang portal hiburan Melayu No 1 di Malaysia itu. Lalu, baru-barun ini, Ning singgah di pejabat murai.com.my di Digital Five Sdn Bhd yang terletak di Taman Teknologi  Malaysia (TPM), Bukit Jalil.

Keakrabannya mudah dirasai, terutama bagi mereka yang buat pertama kali bertemu Ning, misalnya buat Ketua Bahagian Produk: Hiburan & Gaya Hidup Digital Five, Kavitha Doraimanickam; Pengurus Pembangunan Solusi Digital Five, Norhana Mohd Natenan dan Pengarah Seni, Jafaris Mustafa.

Pada hari itu, Ning dibawa melawat dan mengenali warga kerja murai.com.my dan bergambar bersama. Kemudian, menjelang tengah hari, Ning mengajak warga murai.com.my makan-makan di Restoran Anggrek Kuring, Puchong. Murah rezeki Ning. Di situ, Ning bukan sahaja berkongsi cerita peribadinya tetap sempat melayan fotosesi gila-gila tanpa perlu control cantik! Itulah Ning...


Komen-Komen | 4

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





cyg ning..very humble
gujunpyo - 14-Jul-2009

kak ning mantap..vokal lain dr yg lain...
Shin_bi - 13-Jul-2009

bgus r kalo mcm 2>>>>>>
leojb - 13-Jul-2009

Macam pernah tengok saje ini?
Ketuk FC - 13-Jul-2009



  • Terhangat
  • Terkini