Hamil Kembar Lelaki Dan Perempuan?

gosip | Gosip kita

Hamil Kembar Lelaki Dan Perempuan?

addthis kongsi icon



KL, 4 JUN 2009: Cerita Ziana Zain mengandung bukanlah lagi rahsia dan ramai juga telah mengetahui bahawa penyanyi lagu Lembah Asmara dan Puncak Kasih itu sedang mengandungkan anak kembar.


Terbaru yang sampai ke telinga Murai Batu, Ziana dikatakan telah pergi membuat ujian imbasan kandungan dengan pakar perubatan dan mendapat khabar yang menggembirakan bahawa anak kembarnya itu adalah lelaki dan perempuan!


Bagaimanapun, kata sumber itu, Ziana akan membuat satu lagu ujian imbasan 3-D apabila kandungan mencecah 8 bulan tidak lama lagi bagi mengesahkan lagi perkara itu. Murai Batu tahu, apabila Ziana dilaporkan mengandung anak kembar, ia bukan sesuatu yang mengejutkan keluarganya kerana ibu Ziana sendiri juga mempunyai pasangan kembar. Jadi ia ada kaitan dengan unsur genetik dalam salasilah keluarga Ziana dan Anuar Zain sendiri.


Dalam pada itu, rakan wartawan di murai.com.my cuba juga bertanya pihak Ziana kalau-kalau boleh mengambil gambar terbaru Ziana itu namun permintaan itu belum dapat dipenuhi buat masa ini. Dengar kata keadaan fizikal Ziana memang sangat besar berbanding ketika dia hamil dulu, maklumlah kali ini kan anak kembar.


Tak mengapa, kita faham dengan situasi Ziana yang tengah sarat dan perlu banyak berehat. Murai Batu dan kaum kerabat murai.com.my dari jauh hanya mendoakan kesejahteraan Ziana agar dapat melahirkan anaknya itu dengan selamat nanti.


Murai Batu: Siapa tahu, selepas Erra Fazira, mungkin ada pihak pula terlintas untuk terbitkan pogram realiti TV untuk bayi kembar Ziana pula.

Komen-Komen | 47

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





tahniah kak ziana...moga dipermudahkan sewaktu melahirkan nanti..
areiin - 5-Jun-2009

eee best nyer....
afFa - 5-Jun-2009

TAHNIAH Ziana mengandung anak kembar. Semoga selamat bersalin.
karisma - 5-Jun-2009

wah,ziana dpt baby kembar...gurl n boy lak 2....thniah ek akak ziana....
luvZiana - 5-Jun-2009

congrate kak ziana... twin spsng 2.. bez kn... anyway, take a gud care of urself k..
mizz - 5-Jun-2009

tahniah kak ziana sayang..adek saya pun tengah mengandung anak kembar
syukri - 5-Jun-2009

tahniah untuk ziana zain.semoga sehat2 selalu hendak nya.anak kembar?wow..moga rezeki ziana murah selepas kelahiran anak nya itu nanti.amin.
ctzone - 4-Jun-2009

tahniah ziana. saya ada jumpa ziana masa dia shooting di ulu langat untuk filem Majika (KTU). Kak Xiana cute sangat.Tak sabar nak tunggu filem Majika yang Kak Ziana dan ramai artis terkenal berlakun. Mesti top!
mala - 4-Jun-2009

tahniah wat ziana zain..
along - 4-Jun-2009

alhamdulillah..murak rezeki kak ziana.Saya ni dah 7 tahun kawin blom gak ada rezeki..semoga kak ziana dalam lindungan Allah selalu
zana - 4-Jun-2009

1 2 3 4 5