Jom Kenali 25 Calon Anak Wayang
Jangan Tak Lihat
Teks oleh Roslen Fadzil
KUALA LUMPUR, 29 MEI 2009: Debaran Anak Wayang kini telah bermula. Sebagaimana yang dijanjikan, Astro telah bersedia untuk memperkenalkan kepada anda 25 peserta yang layak bertanding untuk program realiti TV terhebat bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang lakonan itu.
Kesemua mereka mempunyai bakat tersendiri selain personaliti, aura dan gaya. Mungkin juga mereka adalah rakan anda, saudara mara malah bakal menjadi idola baru anda. Jadi inilah masanya untuk anda mengenali wajah-wajah mereka sebelum mereka dan bertanding untuk watak masing-masing.
Sebagaimana yang diumumkan sebelum ini 5 watak saingan itu adalah Jururawat, Mekanik, Pengurus Acara, Konco Samseng dan Pembantu Peribadi.
Jadi, 25 peserta tadi telah dipecah-pecahkan kepada 5 kumpulan dan mereka hanya akan bertanding bagi salah satu watak sahaja mengikut kesesuaian masing-masing. Setiap Jumaat, menerusi Pentas Anak Wayang di Astro Ria, anda akan dapat melihat setiap kumpulan dengan 5 peserta itu bersaing untuk merebut watak masing-masing dan kemudian berpeluang berlakon dalam siri Kecuali Cintamu di Astro Prima yang mula ditayangkan sekarang (Isnin - Jumaat).
Seterusnya, daripada 5 peserta, hanya 2 terbaik sahaja akan terpilih untuk diundi (AWUNDI), bermula Jumaat, jam 10.30 malam hingga Ahad jam 12 tengah hari. Keputusan siapa terpilih antara 2 peserta itu akan hanya kita ketahui dengan menonton siri Kecuali Cintamu di Astro Prima pada hari berikutnya, Isnin, jam 8.30 malam.
Saingan Anak Wayang akan bermula pada 5 Jun 2009 (Jururawat), 12 Jun 2009 (Mekanik), 19 Jun 2009 (Pengurus Acara), 26 Jun 2009 (Konco Samseng) serta 3 Julai 2009 (Pembantu Peribadi).
Berikut adalah nama peserta dan watak saingan mereka:
A. JURURAWAT
1. Nur Dayana Kamsun Baharin (DAYANA) - Kuala Lumpur, 18 tahun - Pelajar
2. Norria 'Adelina Abdullah (DELINA) - Kedah, 22 tahun - Pegawai Khidmat Pelanggan
3. Nor Shafiza Iskandar Azizan (FEEYA) - Johor, 20 tahun - Pelajar
4. Juwieta Haniem Rahmat (JUWITA) - Pulau Pinang, 23 tahun - Pelajar
5. Widya Irani Mohd Nasir (WIDYA) - Pahang, 26 tahun - Pekerja Restoran
B. MEKANIK
1.Afzan A Rahman (AFZAN) - Pahang, 27 tahun - Pelakon Baru
2.Amar Mohd Baharin (AMAR) - Kuala Lumpur, 24 tahun - Model Sambilan
3.Syed Hasan Nabil Al-Habshi (BIEL) - Pulau Pinang - 21 tahun - Pelakon Baru
4.Mazlan Mokhtar (LAN) - Pahang, 26 tahun - Berkerja Sendiri
5.Lokman Sokran (LOKMAN) - Johor, 34 tahun, Eksekutif Pemasaran
C. PENGURUS ACARA
1. Faizatul Akmal Abdullah (EIZ) - Kedah, 22 tahun - Pelajar
2. Mohd Hafiz Firdaus Md Noor (FIZZ) - Kedah, 22 tahun - Pelajar
3. Mohd Hairi Safwan Aznan (HAIRI) - Kedah, 21 tahun - Pelajar
4. Maisarah Sojangi (MAI) - Selangor, 19 tahun - Pelajar
5. Meoki Tong May Lan (MEOKI) - Pulau Pinang, 30 tahun - Pengusaha Meoki Academy
D. KONCO SAMSENG
1. Hafiz Halim (HAFIZ) - Selangor, 21 tahun - Pelajar
2. Mohd Shah Rezza Abdul Rahman (MSREZA) - Johor, 24 tahun - Juruteknik
3. Rosli Mohd Nor (MURSHED) - Pulau Pinang, 34 tahun - Pengurus Kafe
4. Afian Giman (YANZ) - Johor, 31 tahun - Berniaga
5. Yufazli Yusof (YUZZ) - Perak, 26 tahun - Jurulatih Sambilan
E. PEMBANTU PERIBADI
1. Noor Arlinda Lajis (ALYNN) - Johor, 23 tahun - Penyanyi
2. Nur Amirah Mohd Kamil (MIA) - Kelantan, 19 tahun- Pelajar & Pelakon Sambilan
3. Nurin Aziyana Jamali (NURIN) - Johor, 21 tahun - Pelajar
4. Fyzreen Damira Ahmad Farid (REEN) - Pulau Pinang, 22 tahun - Pelajar
5. Ooi Nor Wen (RUBY) - Perlis, 22 tahun - Pelakon Baru
Bagi makluman anda program Sesi Anak Wayang (diari dan perkembangan peserta) yang dihoskan oleh Fazura akan ditayangkan di Astro Ria setiap Isnin-Rabu jam 9.30 malam. Pentas Anak Wayang (pertandingan) yang dihoskan Rusdi Ramli ke udara setiap Jumaat jam 9.30 malam bermula 5 Jun 2009. Siri Kecuali Cintamu ditayangkan di Astro Prima setiap Isnin - Jumaat lakonan peserta Anak Wayang yang berjaya setiap minggu bersama pelakon terkenal.
[Klik di sini untuk mengetahui profil peserta Anak Wayang]

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)