Bunkface, Estranged Diintai Ke Sydney
Jangan Tak Lihat
Teks oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 28 MEI 2009: Walaupun berada nun jaun di perantauan, ia sama sekali tidak mematahkan semangat anak tempatan yang menuntut di Australia untuk menganjurkan acara hiburan bercorak amal.
Menerusi sebuah program yang diberi nama With Love, Down Under Charity Gig, sejumlah dana akan dikumpulkan bagi mengisi tabung Pertubuhan Penyayang Raudhah di Malaysia. Ia bertujuan membantu anak-anak kurang bernasib.
Acara kebajikan tersebut akan diadakan pada 11 Julai 2009 yi Universiti of New South Wales, Sydney dengan kerjasama UMNO Australia dan UNSW - Malaysian Student Organization.
Pengarah projek, Erina Zahara Ellias, berkata rasa cinta kepada Malaysia tidak pernah pudar di kalangan pelajar negara ini walaupun mereka berada di Negara Kanggaru itu.
Katanya, melalui program itu, pengunjung yang hadir boleh mendapatkan tiket berharga AUD$15 yang membolehkan mereka menikmati juadah, hiburan dan informasi tentang Malaysia.
"Paling istimewa, pihak kami sedang merancang untuk mengundang 2 band popular Malaysia iaitu Bunkface dan Estranged untuk membuat persembahan. Ini kerana mereka mempunyai ciri-ciri kumpulan antarabangsa," katanya.
Sementara itu, pihak penganjur masih bergantung kepada sokongan penaja untuk merealisasikan program kebajikan itu yang kali kedua dianjurkan. Ketika projek ini pertama diadakan 2 tahun lalu, mereka telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM32,000 dan telah didermakan kepada Persatuan Kebajikan Anak Pesakit AIDS/ HIV - Nurul Iman Malaysia.
Untuk makluman semua, Pondok Penyayang Raudhah masih memerlukan bantuan bagi keselesaan 90 penghuninya yang kurang bernasib baik. Sekiranya anda berminat untuk memberi sumbangan, anda boleh menghubungi Azrina Iqbal (+61403139752) atau layari www.withlovedownunder.wordpress.com.

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)