www.murai.com.my : Whitney Houston bawa 35 pengiring ke Kuala Lumpur!



berita | tempatan

Whitney Houston bawa 35 pengiring ke Kuala Lumpur!



KUALA LUMPUR, 30 OKT 2007  - Seramai 35 wakil rombongan Diva Pop Whitney Houston dijangka akan diterbangkan bersama penyanyi tersohor itu sempena penganjuran festival muzik terbesar Asia Tenggara, Live & Loud 07 yang bakal berlangsung di beberapa lokasi sekitar ibu negara, pada 23 November hingga 2 Disember ini.
  
Ketua Pengarah festival berkenaan, Reymee Mohamed Hussein, berkata rombongan Whitney termasuklah pengawal peribadinya akan berada bersamanya sepanjang tiga hari di Malaysia.
  
Reymee berkata, penyanyi yang cukup popular dengan lagu The Greatest Love of All dan I Will Always Love You itu bagaimanapun hanya akan tiba di Kuala Lumpur sehari sebelum konsertnya iaitu pada 30 November ini dan dijadual berangkat pulang ke Amerika Syarikat, pada 2 Disember ini.
  
"Namun yang pasti, tidak akan ada sebarang sesi temuramah atau sidang media bersama Whitney. Memang itu permintaan khas daripada Whitney sendiri. Jadi kami sebagai penganjur mestilah menghormati keputusannya itu," kata Reymee ketika dihubungi murai.com.my hari ini.


Beliau berkata, Whitney akan menghiburkan penonton dengan persembahan selama 60 hingga 90 minit tanpa henti pada 1 Disember ini di Bukit Kiara Equestrian Park, Kuala Lumpur, menerusi slot Turn On The Pop bermula jam 3 petang sehingga ke malam.


Raymee berkata, selain Whitney festival selama 10 hari berkenaan turut menampilkan ramai lagi artis handalan seperti Dionne Warwick, Elliot Yamin, Shaggy, K-CI & Jojo, KOOL and the Gang, James Ingram, James Morrison, Mark Douglas, Lil' G of Silk, Mint Condition, Rick Price dan James Taylor Quartet.


Selain Bukit Kiara Equestrian Park sebagai lokasi utama, persembahan juga akan berlangsung di beberapa gelanggang utama terpilih iaitu Stadium Negara, Hotel Shangri-La KL, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Disko Zouk.


Persembahan yang berlangsung di Shangri-La membabitkan Dionne Warwick pada 26 November, Stadium Negara (artis  era 80-an - 27 November / artis R & B - 28 November), muzik akustika (KLCC- 29 November) dan artis jazz (Zouk - 30 November). Ia disusuli kemunculan Whitney pada 1 Disember kelak bersama beberapa penyanyi terkenal di Bukit Kiara.


Selain artis antarabangsa terkenal, Life & Loud 07 akan turut menampilkan barisan penyanyi tempatan seperti Adibah Noor, Jaclyn Victor, Anuar Zain, Noryn Aziz, Dayang Nurfaizah, Camelia dan ramai lagi. Jadi, inilah masa terbaik untuk artis tempatan menonjolkan bakat kepada peminat luar negara yang pastinya tidak ketinggalan menempah tempat untuk berhibur.


Bagi anda yang ingin mengetahui mengenai tiket dan info berkaitan festival muzik ini, sila hubungi 03-7728 7061,
03-2091 1666 atau faks 03 -728 7241 atau e-mel info@lnlkl.com dengan segera - murai.com.my

Komen-Komen | 2

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





-
roslenz - 2-Nov-2007

banyaknya!
rames99 - 1-Nov-2007

omg!
nurul_haini - 31-Oct-2007

-
rudyaziz - 31-Oct-2007

-
vilonho - 31-Oct-2007