www.murai.com.my : Noryn Aziz Dilamun Cinta Lagi?



gosip | gosip kita

Noryn Aziz Dilamun Cinta Lagi?


 

KL, 18 MAC 2009: Tidak ada angin, tidak ada ribut, alih-alih Murai Batu dengar penghibur terkenal, Noryn Aziz yang semakin cantik dan anggun jelita itu sudah pun bercadang untuk berkahwin dengan jejaka pilihannya.

Hai, dengan siapa pula Noryn bercinta? Tak pernah pula Murai Batu dengar kisah percintaannya dengan mana-mana lelaki sebelum ini kecuali Mr F.

Korek punya korek, selidik punya selidik, akhirnya Murai Batu dapat tahu juga siapa orang itu. Wah, nampaknya bukan calang-calang  bakal suami pilihan Noryn itu kerana beliau seorang kenamaan daripada keluarga diraja yang cukup berkarisma dan bijak.

Pernah Murai Batu terserempak dengan bakal suami Noryn itu di pusat beli-belah di Pavilion, KL. Auranya memang luar biasa kerana mampu membuat orang terpaku apabila melihatnya. Walaupun sedar dia sering menjadi perhatian ramai orang, tetapi dia bijak membawa diri, pergerakan serta tutur kata.

Kalau boleh, Murai Batu teringin nak dpatkan pengakuan itu daripada mulut Noryn sendiri. Tapi, lepas dapat tahu yang Noryn kini sedang berada di London atas urusan nyanyian bersama AirAsia X, jadi terpaksalah Murai Batu pendamkan hasrat itu buat sementara waktu. 


Murai Batu: Dengar khabar orang kuat AirAsia, Tony Fernandes, bukan main minat dengan vokal Noryn.

Komen-Komen | 9

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





noryn mmg cntik,cm kena jaga pmakaian cket..klu dh nk kwin bguslh..
deeyar - 1-Apr-2009

klau kwin ngan aku gempak gak ni . tpe aku x hensem n x kaya . ada x sapa sapa bleh tlg mngatasi msalah aku ni . helpppp
shamrin - 27-Mar-2009

omg.... nape photo kanan tu mcm p***ianak.. err baru ku tau dier ni blum kawin. coz ari tu perut dier boroi.
nurul - 25-Mar-2009

terkejut tngok baju noryn.. dulu kata tak nak pakai seksi demi mak ayah... baju dah nmpak separuh breast tu ape?
mia - 20-Mar-2009

ish3...x aik au...
aku cool - 20-Mar-2009