www.murai.com.my : Adlin, Emelda Kahwin 2 Bulan Lagi



akademi fantasia 7 | cerita af7

Adlin, Emelda Kahwin 2 Bulan Lagi



Teks oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 17 MAC 2009:  Ketika konsert minggu pertama Akademi Fantasia Musim 7 (AF7), Sabtu lalu, wajah Adlin Aman Ramlie, 37, nampak lebih berseri-seri kerana baru bertunang. Dia tidak henti-henti menunjukkan cincin pertunangan yang tersarung di jari manisnya itu kepada semua penonton.


Adlin  selamat bertunang dengan pelakon Emelda Rosmila Abdul Hamid, 29, di Ulu Kinta, Perak, pada pagi Sabtu lalu. Ia juga bermakna Adlin bakal berbiras dengan hos AF7, AC Mizal yang telah beristerikan kakak Emelda iaitu Emylia Rosnaida.


Seperti juga wajahnya yang ceria, Adlin akui sungguh gembira kerana telah sah bertunang dengan wanita pilihannya itu yang pernah melakonkan watak Azizah dalam Muzikal P Ramlee terbitan Datin Seri Tiara Jacquelina iaitu Pengetua AF7 sendiri. Emelda juga terkenal dengan lakonan drama Kekasih Ku Seru dan Manjalara.


"Selepas empat tahun kami berkawan, akhirnya Tuhan telah menggerakkan hati kami berdua untuk mengambil langkah yang seterusnya. Sudah sampai serunya bagi saya dan Emelda untuk diikat sebelum berumahtangga.


"Lega rasanya apabila sudah bertunang. Kami bercadang melangsungkan perkahwinan dalam tempoh 2 bulan lagi. Kalau pertunangan ini diadakan pada hari jadi Emelda, majlis perkahwinan kami berdua pula dirancang pada hari jadi saya pula iaitu 23 Mei nanti," katanya kepada murai.com.my.


Sambung Adlin lagi, dia tidak mahu memberatkan kepala dengan memikirkan tentang persiapan dan  konsep majlis perkahwinan mereka kelak.


"Ini kerana segala-galanya saya serahkan kepada Emelda. Tapi, kalau boleh saya mahukan perkahwinan yang ringkas tetapi mempunyai ciri kemelayuan dengan adat budaya Perak. Hendak tahu lebih banyak, tanyalah pada Emelda sendiri,"  katanya.


Pada majlis di Perak, pada 14 Mac lalu, ibu Adlin Seniwati Ruminah Sidek menyarungkan cincin ke jari manis Emelda. Pihak lelaki menyerahkan 7 dulang hantaran dan dibalas dengan 9 oleh pihak perempuan. Wang hantaran belanja ditetapkan RM30,000 dan mas kahwin RM1,001. 


Adlin juga memberitahu ibunya cukup gembira dengan keputusannya mereka bertunang dan akan berumah tangga kelak.
 

"Saya rasa ibu saya lega kerana akhirnya ada juga orang yang akan menjaga makan pakai anaknya nanti. Saya tak nafikan dalam perhubungan memang ada pasang surutnya. Ada masa kita sependapat, ada masa kita bertelagah.


"Tapi, selepas sekian lama mengenali hati budi Emelda, saya rasa Emelda memang boleh menjaga saya dengan baik. Dia juga penyokong kuat kerjaya seni saya," kata Adlin dengan senyuman ceria.

Komen-Komen | 85

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





akhirnyaaaaa..........
Ailyzah - 30-Mar-2009

Semoga berbahagia ke anak cucu......
CUTEGURL - 29-Mar-2009

Anda boleh memberi komen ttg SIDI dan mengenali SIDI dengan lebih dekat lagi dengan melayari blog SIDI di...www.sidiaf7fanclub.blogspot.com...
adiksidi - 25-Mar-2009

ema ucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia keakhir hayat....bagus lah emelda jaga adlin,skrg adlin da mkin lmbut...hehehe
ema91 - 23-Mar-2009

ema ucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia keakhir hayat....bagus lah emelda jaga adlin,skrg adlin da mkin lmbut...hehehe
ema91 - 23-Mar-2009