www.murai.com.my : Hebatnya Cinta Adam Dan Hawa



muzik | resensi murai

Hebatnya Cinta Adam Dan Hawa


 

JUDUL: Misha Omar
ARTIS:  Misha Omar
GENRE: Pop
LABEL: Sony Music Entertainment Malaysia


Sepanjang pengalaman saya mengulas album penyanyi luar mahu pun tempatan, tidak pernah lagi saya berdepan dengan sebuah album studio baru seperti Misha Omar ini.


Maksud saya pada saat album ini dikeluarkan di pasaran, saya sudah pun mengetahui hampir kesemua lagu dalam album ini. Apakan tidak, beberapa single lagi di dalam album ini telah pun kerap diputarkan di radio sewaktu pembikinan album ini masih lagi dibuat.


Single tersebut adalah Nafas Cahaya ciptaan M Nasir & Loloq, Sembunyi (Aidit Alfian) serta Cinta Adam & Hawa (Azmeer/Loloq).


Tidak terkecuali 2 single yang dihasilkan untuk lagu tema filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 serta Sepi iaitu Ku Seru (Ajai/Habsah Hassan & Shuhaimi Baba) serta Cinta nyanyian asal Melly Goeslow dan Kris Dayanti.


Sungguhpun begitu saya masih tetap berasa teruja untuk mendengar keseluruhan album yang mengambil masa yang cukup lama disiapkan ini kerana saya juga ingin mendengar lagu lain yang turut dimuatkan.


Lalu, saya menemukan Jawapanmu ciptaan Cat Farish, Sampai Di Sini (Ajai) serta Cinta Suci (Nur Fatima). Jawapanmu memiliki melodi yang lembut dan mempesonakan. Ada stail macam lagu Indonesia. Kewujudan brass section bersama suara latar memberikan impak pada lagu ini.


Tapi, apa yang saya suka, Misha telah menyanyikan lagu ini dengan feel Melayu dan jiwa Malaysia yang cukup kental. Jadi, sejauh mana pun lagu ini dikatakan mempunyai persamaan seperti lagu Indonesia, ia hanyalah pada melodi dan komposisinya saja.


Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, nyanyian Misha memang mempunyai signature yang tersendiri sendiri. Sama ada dari segi tonasi, cara mempersembahkan sesebuah lagu mahu pun ketika beraksi di atas di pentas dengan bahasa tubuh serta  mata yang penuh aksi dan unsur dramatik, itulah Misha Omar!


Atas sebab itu, saya sentiasa mahu melihat dia membuat persembahan kerana dia adalah seorang penghibur yang cukup menarik untuk disaksikan secara live serta mampu menghiburkan saya bersama vokal nyanyian yang sedap dan gemersik itu.


Saya juga menggemari lagu Cinta Suci. Walaupun  lagu ini sebuah lagu pop R&B yang cukup easy listening, tapi ia tetap menarik untuk didengar terutama pada waktu yang cukup santai.


Bagaimanapun pilihan saya di dalam album ini tetap tertumpu pada lagu Cinta Adam & Hawa serta Nafas Cahaya. Bagi saya kedua-dua lagu ini merupakan  karya lagu yang cukup terbaik dalam album ini.


Kedua-dua komposisinya sama hebat. Cinta Adam & Hawa pada dasarnya adalah sebuah lagu yang berasakan pop tetapi mempunyai unsur rock serta penggunaan lirik yang berkaitan dengan unsur cinta dan ketuhanan.


Lebih menarik apabila ia diselitkan dengan unsur teaterikal. Disebabkan itu, kita akan dapat melihat perkembangan muziknya dari semasa ke semasa dan pada satu sisi yang lain, lagu ini padat feel pop Melayu. Kelainan inilah yang memberikan kejutan yang cukup menarik kepada lagu ini dan persembahan vokal Misha pula cukup superb kerana dia  sentiasa menandingi tenaga dalam lagu itu.


Nafas Cahaya pula lagu adalah lagu etnik kreatif yang cukup relevan dengan suasana pada masa sekarang. Irama etnik  yang pelbagai difusionkan dengan irama pop dan Misha membawakan lagu ini dengan cara yang tersendiri.


Lagu lain seperti Sembunyi dan Ku Seru pula menyerlah kerana ia mempunyai melodi yang cukup kuat serta mudah meninggalkan kesan di jiwa pendengar. Tapi, saya suka duet Misha dengan Andy Flop Poppy. Sangat kena dan sangat sesuai.



Komen-Komen | 7

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Dah terlanjur julajulu pelawa ke kuantan, saya dah sampai ke kuantan hari ni, saja berjln cari bahan, tapi terkejut benor kawan ni, di megamall dan east coast mall kuantan banyak sgt VCD takda sijil B KDN dan Pelekat Tulen KPDN. Dia org mkn suap ke?
kemay - 4-Feb-2010

Harap album ni memberikan "sesuatu" kepada Misha di AIM! nanti
chomelia - 29-Mar-2009

..laman web boleh lah..tapi kalu atas nama kite owg lagi meletop..berangan kan laman web niey..pleez la..mak ingat meletop sangat..pepehal dtg lah medan feri kat kuantan 2..jgn nak buat mulut murai lak..yg pentng pegi cekdot eh????...
julajulu - 29-Mar-2009

lgu2 msah da yg best da yg x...cntoh lgu tema drama siri 'julia juli'nie best gler2...
atikahedly - 27-Mar-2009

Selamat maju misha...good luck
irisdanish - 26-Mar-2009