www.murai.com.my : Kenapa LNJ Nangis Di Luar Gelanggang?



raja lawak 3 | berita

Kenapa LNJ Nangis Di Luar Gelanggang?



Teks oleh Razif Rosdi
Foto Mazlan Yunos


KUALA LUMPUR, 2 MAC 2009:
  Mereka sememangnya berbakat dan hebat, cuma nasib tidak menyebelahi mereka untuk ke final namun yang nyata, kumpulan duo LNJ yang dianggotai oleh Lan dan Jon Botak akan tetap dikenang oleh penonton Raja Lawak 3.

Mereka yang mewakili wilayah Utara Semenanjung atau lebih tepat lagi Langkawi dan Pulau Pinang, akhirnya kecundang minggu lepas kerana tidak berjaya mengatasi undian peserta kontroversi Amir.

Hanya titisan air mata mengiringi langkah keluar LNJ Jumaat lalu dan kenapa Lan menangis apabila memeluk krew produksi? Adakah Lan yang beraksi dengan baju kurung, dia tidak berpuas hati dengan keputusan malam itu?

"Saya sedih sangat. Ia bukan sebab keputusan tapi sebab selepas ini saya akan rindu semua kawan-kawan Raja Lawak 3. Kami semua dah macam adik-beradik, mesra dan tak pernah ada rasa dengki antara kami. Saya tidak akan lupa kenangan Raja Lawak 3 ini sampai bila-bila.

"Sebenarnya kami sendiri tidak pernah terlintas untuk berada sampai minggu ke-9 pun. Terima kasihlah banyak-banyak kepada semua pengundi yang menyokong kami setiap minggu," kata Lan kepada murai.com.my.

Menyokong pendapat Lan itu, Jon bagaimanapun nampak kecewa. Dia terkilan kerana setapak lagi mereka akan mara ke final.

"Tak mengapalah, ini adat pertandingan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua," kata Jon.

Ditanya tentang Amir, Lan berkata," Amir ada cara dan keistimewaannya yang tersendiri. Dia juga selalu bekerja keras  dan memang ini rezeki Amir. Kami sebagai kawan juga berbangga dengan Sepah dan Jihan malah semua kawan-kawan  lain.

"Tapi kalau tanya siapa juara pilihan kami kelak, jawapannya tentulah... Sepah. Mereka memang selamba!" kata Jon pula yang berharap selepas ini mereka akan dapat memperkembangkan bakat jenaka mereka. 

Komen-Komen | 191

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





LNJ harap bsabar.amir lah punca korang tak dpt msok final.amir mmng hampeh.aku tau, korang pon sakit ati gak kan.sje je cover ckp amir ade bakat gak.
abgmantop - 15-Mar-2009

jgn lh nangis LnJ kalu LnJ nangis sy pn turut nangis tau x pe lh LnJ bkn rezeki korang hanya allah swt sahaja yg menentukannya spa yg akn msk final dn tk msk final tu allah akn tentukannya
ina_budak - 14-Mar-2009

LNJ da smart..tp amir lak dtg nyemak...klu LNJms0k jihan xmrase nk ddk tmpt ke2
sEr0nG - 14-Mar-2009

WALAU KORANG X MASUK FINAL PON AKU TETAP SOKONG KORANG HUHUHUHU.....HIDUP LNJ
ANAAA.... - 13-Mar-2009

LNJ korang memang powerlah.mcm kata shamsul,MANTOP!!!!....kalau tak silap 2 kali jer lah korang tak buat dengan baik.....kalau dibagi pilihan,antara LNJ dengan Amir,saya memang pilih korang lah..saya lebih angap korang lah yg menang tempat ke-3!!!!!!
e-keys - 13-Mar-2009