berita | tempatan

Ayah Siti Nurhaliza Meninggal Dunia

15-Feb-2009 | Oleh: Badrul

Media Galeri


Teks & Foto oleh Roslen Fadzil


KUALA LUMPUR, 15 Februari 2009:  Sesudah menjalani pembedahan bypass jantung, Jumaat lalu, ayah penyanyi terkenal Dato' Siti Nurhaliza, Tarudin Ismail, 67, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.50 pagi tadi (Ahad) di Hospital Ampang Puteri.


Allahyarham Tarudin, bekas anggota polis, meninggal dunia akibat serangan jantung serta komplikasi buah pinggang dan penyakit kencing manis.


Mengesahkan berita menyedihkan itu kepada murai.com.my, sebentar tadi (jam 12.30 tengah hari), kakak ipar Siti, Rozie, berkata Allahyarham mengembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri, Siti Salmah Bachik serta anak-anaknya. Beliau meninggalkan 7 anak dan 10 cucu.


"Abah meninggal dunia dengan tenang dan seolah-olah tahu dia akan pergi buat selama-lamanya. Dia juga sempat berkata, ibu (Salmah) akan kehilangan seorang sahabat dan Ayie tidak ada kawan lagi untuk memancing ikan.


"Selain itu, dia turut berpesan kepada Siti (Nurhaliza) agar janganlah menangis," kata Rozie dalam nada terharu.


Kata Rozie, Allahyarham telah menjalani pembedahan bypass jantung pada Jumaat lalu tetapi keadaannya bertambah kritikal sejak semalam.


"Pembedahan bypass jantung itu memang berisiko tinggi tetapi ayah sendiri yang mahukan pembedahan itu. Walaupun semua anak-anaknya tidak sanggup menurunkan tandatangan, abah tetap rela dibedah. Apapun kami sekeluarga menerima ini sebagai ketentuan takdir," kata Rozie lagi.


Siti  terlalu hiba dan sayu


Ketika ditemui di kediamannya di Bukit Antarabangsa, petang tadi Siti kelihatan terlalu hiba dan sayu dengan pemergian ayahnya kerana sikap Allahyarham sendiri yang sentiasa ceria, bersemangat dan berfikiran positif hinggalah ke saat-saat akhir sebelum beliau dibedah.


"Siti dan semua adik beradik sempat bertemu abah buat kali yang terakhir sebelum abah dibedah di Hospital Ampang Puteri, Jumaat malam lalu. Walaupun abah sakit, dia masih sempat berjenaka dan berbual seperti biasa dengan Siti. Dia berpesan supaya Siti jangan banyak sangat menangis.


"Siti tak sangka rupanya abah hendak pergi buat selama-lamanya. Siti redha dengan pemergian abah walaupun Siti telah kehilangan seorang abah yang tiada gantinya di dunia ini. Sekurang-kurangnya abah telah melihat kejayaan Siti dari mula hingga ke saat ini," kata Siti. Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa juga kelihatan sibuk mengendalikan segala persiapan bagi menyempurnakan jenazah.


Turut kelihatan adik beradik Siti yang lain termasuk Ayie, Saidah, Saerah dan Ali. Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob turut hadir memberikan penghormatan yang terakhir selain rakan artis seperti Datuk Shah Rezza, Erma Fatima, Noniswara dan produser filem Zaiton Mohd Jiwa yang juga kakak ipar Siti.


Jenazah Allahyarham kemudian dibawa pulang dengan sebuah ambulans ke Kampung Tempoyang di Kuala Lipis, Pahang untuk dikebumikan.


Takziah dari warga murai.com.my buat keluarga Dato' Siti dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke roh Allahyarham, Amin...


 



Komen-Komen | 169

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





takziah kpd dato' siti sekeluarga........
zsuzie11 - 20-Mar-2009

salam takziah buat keluarga arwah..hadapi nya dgn tabah dan sabar.. al-fatihah.. kepada pihak murai.com harap2 dapat delete gbr yg ada gbr arwah ni n kalau nak masuk gbr yg lain tak kisah...tq
sitinurhaniza - 4-Mar-2009

semoga bnyk2x b'sbar....sya turut b'simpati dan sya jgak,,sedekah kan al-fatihah kpda allayarham..
ley - 1-Mar-2009

Salam takziah for Datuk Siti Nurhaliza Sekeluarga semoga hadapi ujian ini dengan tabah .. Dan semoga Arwahnya ditempatkan dengan orang2 yang soleh dan selalu bersamaNYA.. AL-FATIHAH -AMIN- FANs From Singapore: S'poreLADY
S'poreLADY - 1-Mar-2009

takziah n jgn ptos asa k..... =(
bella - 28-Feb-2009



  • Terhangat
  • Terkini