Teks oleh Haswari Ali
Anugerah Juara Lagu (AJL) datang lagi dan kali ini menyaksikan satu lagi perang fesyen oleh artis tempatan di Stadium Putra Bukit Jalil. Namun dapat dikesan bahawa fesyen yang diperagakan di karpet merah agak mengelirukan.
Perlu diingat, AJL23 adalah gelanggang bagi memilih lagu dan komposer terbaik dan bukannya tempat untuk berlumba pakaian siapa paling sarat, paling panjang ekornya atau siapa paling 'over the top'.
Ada yang datang dengan kaftan labuh seperti Nita, dress berbulu warna hijau epal pilihan Yatt, figure dress biru terang Farahdiya dan lilitan pario sekuin merah dari Sasha Basir. Apa tu? Salah majlis ke?
Ramai enggan ketinggalan dengan penampilan bersama pilihan gaun malam atau couture padahal pemilihan seumpama itu hanya sesuai untuk penyanyi yang bertanding atau pengacara seperti Cheryl Samad.
Penyanyi hitam manis Dayang Nurfaizah; pelakon sensasi Fazura; finalis OIAM, Alif serta pelakon Intan Ladyana, Liyana Jasmay, Sherry Ibrahim serta Zizie Ezette merupakan contoh terbaik dalam aspek berpakaian ke AJL23 pada malam berkenaan.
Mereka seakan faham dengan tema AJL23 serta lokasi penganjuran itu yang tidak memerlukan mereka bergaya macam ke Oscar.
Bakal pengantin baru, Linda Jasmin dan Que Haidar serta Adi Putra bersama isteri adalah antara contoh paling ideal. Penampilan mereka nampak bersahaja, kemas dan segak.
Antara penampilan Dafi dan Awal Ashaari, tentu saja Dafi menjadi pilihan. Bukan kerana terlebih gaya, tetapi keberaniannya mencuba sesuatu yang baru tapi ringkas dan sesuai dengan usianya. Bagi Awal, tolong belek majalah fesyen lagi ya.
glamorama |
Fashionista
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 15
Hantar Komen Anda
Tutup Komen | Papar keSemua 15 Komen
perempuan ya....x ngam lamgsung dgn rambut dpn d potong pendek.
jurukritik - 25-Jul-2009
heliza cantik sangat tapi sarat sgt la...yg sorang 2 ok la cun jg
sara@png - 23-May-2009
dress liyana is de best on dat nyte....lurve it..sesuai r coz ikt age die y still mude rmaja...
baek punyer....
SnEaKeRz - 22-May-2009
THE BEST DRESS AT AJL23..............LIYANA JASMAY.SEBAB TU LAH DIA DAPAT JADI DUTA PRODUK TERKENAL M'LINE NY.DUTA IKON REMAJA 2009.......BAKAL MENJADI PELAKON TERHEBAT DAN TERBAIK MALAYSIA DAN ASIA...........ADIOS.........
liyanajasmay - 2-Apr-2009
ni kata berani? memangpun...berani tunjuk fesyen tah ape2...segak ke murai?jauh lebih ok si awal tu...
apeda - 25-Feb-2009
1 2 3
- Terhangat
- Terkini
- Senarai pemenang utk 2tiket & cenderahati WINGS
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini





.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



