Tiar Jinbara Dah Nikah Suzan B*Pop?
Jangan Tak Lihat
KL, 6 FEB 2008: Macam-macam cerita pulak yang Murai Batu dengar tentang kumpulan Jinbara. Mula-mula si gitarisnya, Cepot sudah bernikah secara senyap-senyap dengan seorang pelajar pusat pengajian tinggi pada penghujung tahun lalu.
Sekarang ini, Murai Batu dengar vokalisnya, Tiar pun sudah bernikah juga. Dengan siapa? Siapa lagi kalau bukan dengan wartawan hiburan di akhbar Berita Minggu (B*Pop) yang cantik tu, Suzan Ahmad. Khabar angin itu sudah pun bertiup kencang sejak bulan lalu. Bagi rakan wartawan, mereka sudah tahu, Suzan kini seorang ibu tunggal.
Tapi, tiada siapa yang dapat mengesahkannya termasuklah pihak syarikat rakaman serta budak-budak Jinbara sendiri. Malah, mereka sendiri pun nampaknya tidak tahu status sebenar di antara Tiar dengan Suzan.
Kebetulan, ketiadaan Tiar dengan Suzan dalam satu majlis membabitkan kemunculan Jinbara, baru-baru ini semakin menimbulkan misteri. Ada yang cakap mereka sengaja mengelakkan diri untuk bertemu dengan pihak wartawan bagi menjelaskan keadaan yang sebenar.
Apapun, belum terlambat rasanya bagi bagi Murai Batu untuk mengucapkan tahniah buat Cepot. Jangan lupa jemput Murai Batu masa kenduri kahwin nanti. Insya-Allah, kalau tiada halangan, Murai Batu akan pergi. Bukan apa, seronok juga sekali-sekala dapat lihat rocker macam Cepot naik pelamin.
MURAI BATU: Tak ramai artis berani bercinta dengan wartawan hiburan. Kenapa ek?

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)