www.murai.com.my : Lan Meet Uncle Hussain Jatuh Pengsan!



gosip | gosip kita

Lan Meet Uncle Hussain Jatuh Pengsan!




KL, 23 JAN 2009:  Tak angin tak angin, tak ada taufan, tiba-tiba vokalis utama Meet Uncle Hussain yang manis, Lan, jatuh pengsan di Balai Berita, NSTP, Bangsar petang semalam!

Murai Batu dimaklumkan perkara ini oleh seorang saksi yang melihat insiden mengejutkan itu sejurus sebelum Lan dan rakan-rakan artis lain menjayakan sidang media Karnival Amal Tabung Gaza bersempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008.

"Ketika kejadian berlaku, Lan sedang berjalan ke kafe NSTP dengan wartawan hiburan NST Hafidah Samat. Mulanya mereka berjalan bersama tapi satu peringkat, Hafidah menyedari dia sedang bercakap seorang diri. Rupanya apabila menoleh ke belakang, Lan sudah terkulai di atas lantai.

"Terkejut dengan kejadian itu, Hafidah meminta bantuan beberapa orang yang berada di situ untuk menolong Lan.  Hafidah juga terus berkejar ke klinik NSTP untuk mengambil sebuah kerusi roda untuk Lan," kata saksi itu.

Selepas Lan pulih sedikit, barulah masing-masing dapat tahu Lan rupanya terlalu letih dan stress. Dia juga dikatakan tidak sempat sarapan pagi menyebabkan dia menjadi pitam, terlalu letih dan sakit urat saraf. 

Nasihat Murai Batu, Lan jagalah kesihatan diri kerana ia amat penting. Memanglah sepanjang minggu lalu, Lan dan rakan-rakan Meet Uncle Hussain sibuk gila berlatih menyanyi dan jamming untuk final Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23). Akhirnya kejayaan berpihak juga kepada mereka!

Murai Batu dengar-dengar Lan juga dikatakan menghidap sakit tiroid. Apa betul Lan? Kalau betul, rajin-rajinlah berubat.


MURAI BATU: Bangga sangat dengan komitmen Lan dan artis-artis tempatan membantu kempen Tabung Gaza untuk mangsa perang di Palestin. Jom kita ramai-ramai ke Amcorp Mall, PJ, pada 31 Januari ini untuk beramal dan berjumpa ramai artis popular.


Komen-Komen | 73

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





cian die.. sye syg gler ..
bdk kcikkk - 6-Feb-2009

lan, aku perati kau dah lama,dari mula kau pejuangkan seni sampai lah ke abat ini. aku doa kan kau yang terbaik! nasihat aku 5 waktu jangan tinggal,jaga kesihatan n buat yang terbaik...allah ada di sisi orang yg arif...
kerabat 3 - 4-Feb-2009

good luck dalam ape jua yg MUH ceburi...anyway take care k...
azly - 4-Feb-2009

lan... i love your song that you sing at last AJL... keep it up... remember... jaga kesihatan... ambik masa utk rest... do it for us as your voter, supporter dude... Insyaallah...
Fiqa@Winz - 3-Feb-2009

LA.. BLE PLAK DIE PENGSN..X TAW PUN..EMM.. PAPE PUN ABG BNYK2 LA MNUM AIR...HUHU!!
ZETTY - 3-Feb-2009