www.murai.com.my : Siapa James Gibbs Di Hati Linda Onn?



berita | tempatan

Siapa James Gibbs Di Hati Linda Onn?



Teks oleh Haswari Ali
Foto Baung



KUALA LUMPUR,  12 JAN 2009:
  Mungkinkah ini 'jodoh baru' Linda Onn? Dia seorang Mat Salleh dan namanya adalah James Gibbs, 31.

Jejaka kelahiran Wales, United Kingdom (UK) ini hadir menemani Linda, deejay Sinar FM, ketika majlis persandingan ketiga Mawi & Ekin, di Le' Marquee, Hotel Palace of the Golden Horses, malam tadi.

Ketika didekati portal murai.com.my, Linda sedikitpun tidak menunjukkan reaksi kurang selesa apabila ditanyakan beberapa soalan 'cepu emas' berhubung jejaka itu. Malah, tidak sekali Linda menghalang kami daripada bertanyakan beberapa soalan kepada James tentang hubungannya dengan bekas kekasih Linda, Fahrin Ahmad.

"Kami sekadar kawan baik. Kebetulan pula saya tak ada pasangan malam ini, jadi apa salahnya saya bawa dia datang ke sini. Lagipun tiada siapa yang boleh menghalang saya untuk keluar dengan siapa yang saya suka. Siapa yang saya rasa selesa, saya akan keluar bersama," katanya.

Linda berkata, ini bukanlah kali pertama James berkunjung ke Malaysia dan mereka mula kenal pada 1998 dan sejak itu mereka sama-sama meneruskan bibit persahabatan sehingga kini.

"Saya kenal Linda sudah lebih 10 tahun lalu. Apabila Linda jemput saya datang ke majlis ini, saya pun setuju kerana inilah peluang untuk menyaksikan sendiri perkahwinan yang besar. Walau bagaimanapun, ini bukanlah pertama kali saya menghadiri majlis perkahwinan di Malaysia," katanya.

Kehadiran James, seolah-olah menjawab persoalan yang pernah diluahkan Linda sendiri bahawa dia akan berumah tangga tahun ini dan tidak akan menunggu lama sekiranya bertemu jejaka pilihan hati. Malah, wujud persamaan antara Linda dan James, apabila kedua-dua mereka memiliki restoran sendiri.

Komen-Komen | 110

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





hai.saya harap linda berbahagia dengan pasangan dia ,ag pun tak salah nak couple dengan sesiapa ....btoi tak???
wanie - 26-Jan-2009

suke hati dia la...dia nak kawen dgn sape pn..kalo itu dah jodoh dia,kita doakan la yang terbaik utk dia...kalo dia x kawen,org sibuk2 tanya pulak bila nak kawen la,memilih sgt la...so skrg mgkn dia dh jumpe calon yg sesuwai..so kite sebagai umat Islam,doa2kan kan la kebahagian saudara Islam kite ni...pahala besar tu dapat membawa orang luar kedalam agama Islam...
"_" - 22-Jan-2009

dah mcm x ada org melayu?.... msti kawan x lame tuuuu..
sayang - 21-Jan-2009

bukak la mati kau cik linda oi!!! buta kape?? mat caleh kau pilih.. banyak lagi lelaki melayu & islam kat dunia ni!!
bulansyg - 20-Jan-2009

pity u~
akumizzzie - 20-Jan-2009