www.murai.com.my : Kehadiran Ina Naim, Suami Mengejutkan!



puncak kasih : mawi & ekin | ceritera

Kehadiran Ina Naim, Suami Mengejutkan!


Media Galeri


Teks oleh Ellyna Ali  
Rakaman Video oleh Thani Hasbullah


SERI KEMBANGAN, 12 JAN 2009:  Kehadiran bekas tunang Mawi, Ina Naim di majlis resepsi ketiga Mawi & Ekin berlangsung di Le' Marquee, Hotel Palace of The Golden Horses, malam tadi, benar-benar mengejut ramai tetamu dan pihak media.

Hakikat ini kerana Ina pernah mengeluarkan kenyataan termasuk kepada murai.com.my yang dia tidak akan hadir ke majlis itu kerana tidak mahu melukakan perasaan suaminya.

Namun dalam fesyen serba putih, Ina, Suhaimi bersama anak mereka yang comel muncul dengan wajah ceria dan tenang sekali meraikan serta mengucapkan tahniah kepada Mawi & Ekin. Itulah antara drama realiti paling hebat disaksikan pada satu majlis persandingan bersejarah malam tadi.

Sebelum mereka melangkah masuk ke dalam marquee, Ina bersama Suhaimi yang mendukung anak mereka, Ehmad Hadie Alfardie, 9 bulan, sempat melayan soalan murai.com.my.

Tidakkah Ina dan Suhaimi bimbang, tindakan mereka itu akan menimbulkan kontroversi?

"Awalnya memang Ina sudah mengambil keputusan untuk tidak datang ke majlis ini. Tapi, selepas menerima kad undangan perkahwinan daripada Mawi sendiri yang dihantar dengan tangan, saya dan Suhaimi akhirnya mengambil keputusan untuk datang. 

"Yalah, orang sudah jemput kita, takkanlah kita tak mahu datang. Lagipun, Mawi dan Ekin jemput dengan cara baik. Jadi, takkan kita hendak ketepikan jemputan tersebut," kata Ina sambil tersenyum. 

Jelas Ina lagi, setidak-tidaknya apabila dia sudah datang, masyarakat tidak akan membuat tanggapan yang bukan-bukan lagi terhadapnya dirinya yang dia tidak boleh melupakan Mawi. 

"Saya rasa kedatangan saya ini sudah menjawab segala-galanya," katanya lagi. 

Suhaimi pula berkata, dia dan Ina sebenarnya berada dalam keadaan cukup serba-salah untuk datang ke majlis itu.

"Ramai yang berpendapat kami tidak perlu datang. Tapi, kalau difikirkan dari satu sudut, datang atau tidak, orang akan tetap bercakap tentang kami. Macam Mawi dengan Ekin, ada yang suka mereka berkahwin dan ada yang tidak. 

"Jadi dalam hal ini, saya terpaksa membuat penilaian sendiri mengikut kata hati saya dan saya pilih untuk datang kerana saya yakin ia akan lebih membawa kebaikan kepada semua pihak," katanya. 

Suhaimi sedar dan akui, tidak mudah sebenarnya menjadi suami kepada seorang isteri yang mana bekas tunangnya  seorang penyanyi yang terkenal seperti Mawi. 

"Tapi, apa yang berlaku, sudah pun berlaku. Saya sentiasa berfikiran positif dalam banyak perkara. Saya juga tidak cemburu apabila Ina masih lagi dikaitkan dengan Mawi. Lagipun nak cemburu apa. Mawi dan Ekin telah selamat  berkahwin. Ina pun sibuk dengan kehidupannya sendiri. Tambahan pula kami sudah ada anak," katanya. 

Sebelum pulang, pasangan ini juga sempat mengucapkan tahniah kepada Mawi & Ekin. Seperti orang lain, mereka mendoakan agar Mawi & Ekin akan bahagia hingga ke anak cucu dan akhir hayat. 


Jom saksikan klip video ketika Ina Naim bertemu Mawi dan ibunya, Puan Ramlah Sarlan 
 
 

Komen-Komen | 230

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





;-)
mirmoz85 - 27-Apr-2009

ina dapat suami yang boleh membimbing...jika dengan mawi belum tentu...bahagia di mata manusia....dengan allah????tak siapa tahu...tutup aurat pakai yang ketat2....
mirmoz85 - 27-Apr-2009

tida bagus mawi kahwin
johnb - 10-Mar-2009

tida bagus mawi kahwin
johnb - 10-Mar-2009

okle tu...tp skt mesti ada jeles tu.....cinta lama beb mana boleh lupe gtu jek ...hipokritlah.....tp ina la ni nampak cool jek...ok le tu...suhaimi pn ensem..ustaz lagi..tak macam mawi...alim pun dapat ekin yang tak sesuai.....
idamarzit - 9-Feb-2009