www.murai.com.my : Ustaz Akhil Hayy, Waheeda Kantoi...



gosip | gosip kita

Ustaz Akhil Hayy, Waheeda Kantoi...




KL, 7 JAN 2009:  Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Ana ingat, cerita gosip Ustaz Rugged,  Akhil Hayy dengan Waheeda, sengaja orang reka-reka, tapi semua itu bukannya auta. Tuhan punya kuasa, ana lihat sendiri dengan mata.

Amboi...  macam pantun seloka beritma pula mukadimah Murai Batu tu. Sekali-sekala boleh kan?.

Sebenarnya, Murai Batu nak ceritakan pada korang insiden Ustaz Rugged tu terkantoi dating tengok wayang tengah malam buta dengan Si Waheeda, baru-baru ini di 1 Utama, PJ. Hai, bukannya Murai Batu saja yang nampak, satu panggung pun kenal mereka berdua selepas wayang hantu Spanish, KM31, habis dan lampu panggung dah cerah.

Kemudian, macam sedar orang dah terperasan. Kedua-dua mereka mulalah gelabah. Masuk saja tempat parking, Ustaz itu terus jalan jauh sebatu tinggalkan Waheeda. Nak cover line lah tu, tapi rasanya dah terlambat, dah kantoi...

Pusing punya pusing, last-last berjumpa sekali lagi dengan orang dekat lif. Tapi mereka berdua terus berlalu di depan Murai Batu dan peminat yang dah mula berbisik-bisik. Tak apalah, kita faham.

Murai Batu sebenarnya tak kisah. Nak tengok wayang bukannya satu crime sebab Murai Batu pun kaki wayang. Tentang gosip dia orang berkahwin atau tidak, Murai Batu sendiri tak pernah ambil pot tapi janganlah menafikan sangat ada hubungan. Yalah, Lembah Klang yang comel lote ini bukanlah besar sangat... 

Biar telus, tengok macam Ashraf Muslim & Sherry Ibrahim serta Kevin Zahrin & Intan Ladyana. Mereka selalu keluar berdua jalan-jalan di Pavilion dan pernah juga terserempak dengan wartawan. Tapi sebab mereka berterus-terang, wartawan pun tak kecoh. Tapi yang cuba dolak-dalih dan sorok-sorok inilah yang menimbulkan 'wasangka dan wassini'. 

Murai Batu harap Ustaz Akhil dan Waheeda janganlah berkecil hati dengan teguran ini. Kalau benda berlaku bukan dekat tempat public, Murai Batu mungkin boleh pejam sebelah mata, tapi itulah... Dan sebagai pendakwah, biarlah Ustaz berterus terang saja untuk elakkan fitnah sebagai mana yang Ustaz selalu berpesan kepada penonton dan peminat semua. Itu saja. Assalamualaikum.


MURAI BATU: Terkejut badak sumbu bila dengar gosip terbaru tentang artis terkenal kononnya dah failkan cerai. Oh tidak... kahwin dulu, gah sungguh...



Komen-Komen | 142

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





itu mereka punya pasal la,skrg nie jgn kite mengata orang tngk2 kite pun same je macam artis2 lain.
red - 18-Jan-2009

dah-dah lah ustaz.. wak malu jer
kantoi - 18-Jan-2009

Kalau saya jadi press pun saya tak akan tanya mrk sebab bukti keluar bersama dah depan mata. Tambahan pula Waheeda pun dah ngaku kejadian itu. Jadikan pengajaran kpd semua bahawa jgnlah terlalu sorok2 sgt.
MILO - 17-Jan-2009

bertaubat sblm terlambat
munijo - 16-Jan-2009

makin lama makin menyampah aku dengan ustaz poyo n tak sedar diri ni... tak sesuailah ustaz tengok wayang...
sheila - 16-Jan-2009