www.murai.com.my : Apa Maya Karin Buat Malam Tahun Baru?



gosip | gosip kita

Apa Maya Karin Buat Malam Tahun Baru?



KL, 5 JAN 2009:  Agak lama Murai Batu tidak bercerita tentang Maya Karin Roelcke atau sekarang Mrs Muhammad Ali selepas dia membuat majlis resepsi di FRIM, Kepong dulu. Murai Batu agak, selepas kahwin, Maya tentu sibuk merencanakan keluarga barunya itu selain menyiapkan pembikinan filem komedi Pisau Cukur arahan Bernard Chauly.


Tapi pada malam Tahun Baru 2009 yang lalu, Murai Batu dah dengar satu cerita menarik tentang Maya dan suaminya itu tapi masih menunggu bahan bukti.


Bahan buktinya adalah gambar. Hakikat ini kerana Maya dan Muhammad Ali menyambut Tahun Baru 2009 dengan cara yang tersendiri. Bukan pergi candle light dinner atau berparty sakan sampai tak ingat dunia, sebaliknya benar-benar berada di puncak dunia Asia Tenggara.


Ya... Maya dan Muhammad Ali sambut kedatangan 2009 di puncak Gunung Kinabalu!


Murai Batu difahamkan, Maya sudah 10 tahun lalu mengidam untuk panjat mana-mana gunung dan ia baru tercapai selepas dia kebetulan berkongsi hasrat yang sama dengan suaminya itu. Baguslah, itulah yang seronok kita dengar kerana cabaran yang sebegitu bukan ada pada semua pasangan suami-isteri. Mereka memang fit dan sukakan mengembara!


Yang paling menakjubkan kata Maya, dia dan juga pendaki gunung lain sempat melihat fajar 2009 terbit di Puncak Kinabalu dan situasi itu betul-betul membakar semangat baru untuk menyambut cabaran tahun baru.


Bagi Murai Batu, Maya dari dulu jenis artis yang tidak suka berpeleseran, lebih mencintai alam sekitar dan tidak suka membazir wang dan masa. Memang betul, seperti yang dijanjikannya ketika hendak berkahwin dulu, selepas jadi isteri orang, dia seboleh-bolehnya tidak mahu bergayut telefon sampai jauh malam macam zaman bujang dulu.


Maknanya kalau press hendak telefon Maya sekarang, ia seeloknya dibuat sebelum jam 10 malam kecuali ada hal penting sangat sebab mereka memang berdisplin dan masuk tidur awal. Maklumlah, suami Maya bukankah seorang guru. Itulah kelebihan bersuamikan seorang pendidik...


MURAI BATU: Pernah panjat Gunung Berincang dan Gunung Jerai saja. Itupun naik dengan Jeep.


Komen-Komen | 34

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Untuk pengetahuan kalian, Gunung Kinabalu sudah diwartakan secara rasminya sebagai harta warisan dunia..harta yang tidak ternilai. Pergi lah tengok sendiri...
AYAANG - 9-Jan-2009

hey semua, maya n hubby bcuti d Sandakan heheheheh sempat jumpa juga d Sepilok n Sandakan Rainforest Discovery Centre, cute lah couple tu :)
hani - 9-Jan-2009

good luck lah maya,,,,daki gunung lebih bagus daripada kita g clubbing kn....he3,go.go.go maya
"arejud" - 9-Jan-2009

good luck maya
"arejud" - 9-Jan-2009

kalau cuti sekolah saya & family selalu pegi KOTA KINABALU, krn saya tinggal kat Miri (S'wak) kita drive pegi sana.tapi x pernah naik puncak gunung cuma kat kaki gunung saja...
FID - 8-Jan-2009

best nye..aku pung nk sambut kt gunung ar... gunung santubong sarawak jer aku penah naik.....hehe..
zeera85 - 8-Jan-2009

syoknya...teringin pula sambut new year d puncak gunung..
niesha - 7-Jan-2009

beznye maya karin...!!
efa90 - 7-Jan-2009

tahniah maya...smoga bahgia
cute girlz - 7-Jan-2009

aku pow pnh gak pnjat gung kinabalu..xde kecoh2 pow..ohh maya ku~kawin jgk ko ea ngn mat seleh..hik3!
zul - 7-Jan-2009

1 2 3 4