www.murai.com.my : Apa Maya Karin Buat Malam Tahun Baru?



gosip | gosip kita

Apa Maya Karin Buat Malam Tahun Baru?



KL, 5 JAN 2009:  Agak lama Murai Batu tidak bercerita tentang Maya Karin Roelcke atau sekarang Mrs Muhammad Ali selepas dia membuat majlis resepsi di FRIM, Kepong dulu. Murai Batu agak, selepas kahwin, Maya tentu sibuk merencanakan keluarga barunya itu selain menyiapkan pembikinan filem komedi Pisau Cukur arahan Bernard Chauly.


Tapi pada malam Tahun Baru 2009 yang lalu, Murai Batu dah dengar satu cerita menarik tentang Maya dan suaminya itu tapi masih menunggu bahan bukti.


Bahan buktinya adalah gambar. Hakikat ini kerana Maya dan Muhammad Ali menyambut Tahun Baru 2009 dengan cara yang tersendiri. Bukan pergi candle light dinner atau berparty sakan sampai tak ingat dunia, sebaliknya benar-benar berada di puncak dunia Asia Tenggara.


Ya... Maya dan Muhammad Ali sambut kedatangan 2009 di puncak Gunung Kinabalu!


Murai Batu difahamkan, Maya sudah 10 tahun lalu mengidam untuk panjat mana-mana gunung dan ia baru tercapai selepas dia kebetulan berkongsi hasrat yang sama dengan suaminya itu. Baguslah, itulah yang seronok kita dengar kerana cabaran yang sebegitu bukan ada pada semua pasangan suami-isteri. Mereka memang fit dan sukakan mengembara!


Yang paling menakjubkan kata Maya, dia dan juga pendaki gunung lain sempat melihat fajar 2009 terbit di Puncak Kinabalu dan situasi itu betul-betul membakar semangat baru untuk menyambut cabaran tahun baru.


Bagi Murai Batu, Maya dari dulu jenis artis yang tidak suka berpeleseran, lebih mencintai alam sekitar dan tidak suka membazir wang dan masa. Memang betul, seperti yang dijanjikannya ketika hendak berkahwin dulu, selepas jadi isteri orang, dia seboleh-bolehnya tidak mahu bergayut telefon sampai jauh malam macam zaman bujang dulu.


Maknanya kalau press hendak telefon Maya sekarang, ia seeloknya dibuat sebelum jam 10 malam kecuali ada hal penting sangat sebab mereka memang berdisplin dan masuk tidur awal. Maklumlah, suami Maya bukankah seorang guru. Itulah kelebihan bersuamikan seorang pendidik...


MURAI BATU: Pernah panjat Gunung Berincang dan Gunung Jerai saja. Itupun naik dengan Jeep.


Komen-Komen | 34

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





mcm bkn muka maya je tu, org lain kot???
memiri - 19-Jan-2009

lalalalala x eran pon la
bdak kecik - 17-Jan-2009

Owh..c cantik maya nie mmg cinta segala-gala nya..tu pasal dia cantik & ayu..hehehe..
insan - 15-Jan-2009

maya ni lah yang dikatakn artis cantik dan menjaga tgkah laku wpun dia anak kacukan bukan mcm c diana danieele...cantik tp prngai,,mak ai amcm pontianak.
rani - 11-Jan-2009

Maya ni memang pencinta alam sekitar. Dia sukakan kehidupan yg sihat.
Frog - 10-Jan-2009