www.murai.com.my : Nazry Mega Minat Sherry Ibrahim!



vaniti | resume

Nazry Mega Minat Sherry Ibrahim!



Teks oleh Razif Rosdi


Apabila sebut nama Nazry, pasti orang akan bertanya siapakah gerangan lelaki itu. Namun, cakap saja nama Mega, sudah tentu orang akan terus ingat iklan Astro Megadrama yang menonjolkan aksi penglipulara dari bayi hinggalah anak muda yang kacak. Dan anak muda yang kacak itulah Nazri Hisham, 24.

Jika anda minat mengenali siapa Nazry, jom ikuti temubual eksklusif murai.com.my bersama jejaka yang menjadi ikon Astro Megadrama ini menerusi segmen Resume.


MURAI: Apakah perasaan Nazry apabila terpilih sebagai ikon Megadrama?

NAZRY: Syukur sangat-sangat. Sudah tentu saya seronok dan bagi saya inilah pencapaian terbaik saya selepas beberapa tahun menceburi bidang modelling.


MURAI: Ceritakan bagaimana Nazry boleh terpilih menjadi Mega?

NAZRY: Sepatutnya benda ni bukan saya yang jawab. Tapi... cerita bermula selepas agensi modelling yang saya sertai beritahu Astro ada buat casting. Masa dipanggil casting tu, saya tak tahu pun apa pun jenis tawarannya. Tapi apabila saya tiba di lokasi uji bakat, saya diberi 5 cerita untuk dihafal dalam masa yang singkat. Selepas tu, saya kenalah ceritakan semula 5 cerita ini. Rupa-rupanya mereka semua nak tengoklah cara saya bercakap. Dan 2 minggu lepas tu, pihak Astro telefon dan beritahu saya terpilih.


MURAI:  Tadi Nazry ada cakap tentang model iklan TV. Pernah jadi model mana iklan TV yang mana?

NAZRY: Yap... saya banyak buat partime model untuk iklan TV. Antara iklan yang saya pernah buat adalah Munchy's. Untuk majalah pula, saya pernah jadi model dalam majalah di Singapura.


MURAI: Selalunya apabila jadi duta produk atau jenama, jurucakap mesti dapat bayaran lumayan. Berapa yang Nazry dah dapat?

NAZRY: Ala biasa aje. Setakat ni, saya masih belum dapat bayaran sepenuhnya. Saya pun dibayar mengikut jumlah kerja yang saya buat. Kalau nak tahu, sekarang ni saya baru je buat iklan TV, radio dan print ad.


MURAI: Untuk ketiga-tiga kerja ini, berapa anggaran bayaran yang Nazry terima?

NAZRY: Hampir RM30,000 kot.. 


MURAI: Boleh kongsi status Nazry sekarang? Solo atau sudah berpunya?


NAZRY: Hmmm... saya bertunang belum, kahwin pun belum! Buat sementara waktu ini saya masih lagi solo tapi saya sedang mengenali hati budi seseorang, siapa dia, masih terlalu awal untuk saya cakap. Takut tak jadilah.


MURAI: Selepas ini, Nazry ada terniat mahu jadi pelakon atau penyanyi?

NAZRY: Saya memang minat nyanyi tapi saya mahu fokus pada tugas sebagai ikon Megadrama dulu. Bab berlakon pula, saya ni kurrengg sikit. Masih belum ada keyakinan untuk berlakon. Rasanya saya ni kalot sikit kot. Jadi hero kena banyak cakap, untuk iklan TV banyak cut, buat sikit-sikit. Kalau nak suruh jiwai watak memanglah susah.


MURAI: Nazry mahu dikenali dengan nama apa? Tak kekok ke orang panggil Nazry dengan nama Mega?

NAZRY: Kalau untuk promosikan Megadrama, saya tak kisah orang panggil saya Mega. Tapi kalau boleh saya mahu orang kenali saya dengan nama yang ibu dan ayah saya bagi iaitu Nazry. Alhamdulillah, saya akan cuba yang terbaik untuk membiasakan diri dengan 2 nama itu (Mega & Nazry).


MURAI: Tidakkah Nazry rasa nama Mega lebih sesuai dengan wanita?

NAZRY: Pada mulanya ya tapi bila difikirkan semula berdasarkan jalan cerita Megadrama, ia rasa sesuai juga dengan lelaki.


MURAI: Sewaktu majlis sidang media Astro tempoh hari, Nazry kelihatan malu-malu. Ia tak sesuai dengan pembawakan karakter Mega yang suka bercerita. Kenapa?

NAZRY: Ooo.. waktu itu, saya masih lagi blur dan tak tahu nak buat apa. Saya tak diberi taklimat awal, sebab itu saya agak terpinga-pinga. Saya sebenarnya suka bercerita tetapi bukan bergosip. Di kalangan kawan-kawan, semua tahu mulut saya ni becok untuk goreng cerita jadi lebih menarik.


MURAI: Nazry dah jadi ikon Megadrama, tak terlintaskah untuk memberikan idea cerita untuk slot Megadrama pula?

NAZRY: Belum idea lagi kot. Ini pun baru first time orang tanya macam ini pada saya. Tapi kalau ada peluang, saya nak buat cerita yang orang kita suka tengok. Bagi saya, masyarakat kita suka tengok cerita seram dan komedi.


MURAI: Bagi diri Nazry sendiri, drama apa yang Nazry suka tengok dalam slot Megadrama?

NAZRY: Saya ni jarang ada pilihan sendiri. Saya lebih suka tengok drama yang famili saya suka tengok. Tapi sebenarnya saya naik syok tengok cerita Awan Dania. Jalan ceritanya menarik tambahan pula pelakonnya cun melecun.


MURAI: Benarkah, baru jadi duta Megadrama, Nazry dah pasang pengurus?


NAZRY: Yang sebenarnya, dia bukanlah pengurus saya tapi dia adalah wakil dari agensi yang menguruskan jadual kerja saya.


MURAI: Kalau satu hari nanti, ada orang tawarkan Nazry jadi hero drama atau filem, siapakah pelakon wanita pilihan Nazry?

NAZRY: Sudah tentu saya pilih Sherry Ibrahim atau pun Sari Yanti. Dia orang berdua tu cantik dan berbakat sangat.


Profil Nazry

Nama penuh:  Mohammad Nazry Hisham
Tarikh lahir:  12 Disember 1984 (24 tahun)
Pekerjaan:  Kakitangan IT di Kajang, Selangor
Asal: Johor Bahru
Lulusan: Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai


 

Komen-Komen | 22

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





megadrama...wawa...banyak giler keje.xsempat nak tengok la....
phanna... - 19-Jan-2009

x pernah nampak pun kat utm skudai.. mcne u le join jd ikon megadrama ne eh share la
eyla - 15-Jan-2009

hebat...........
cik ani - 14-Jan-2009

best gler iklan MegaDrama 2..wasehh!~
insanlemah - 13-Jan-2009

Steady MEGA... gempak dan best iklan ASTRO tu.
Musicc - 13-Jan-2009

1 2 3 4 5