www.murai.com.my : 2 Peserta Wanita Cabar Raja Lawak 3



raja lawak 3 | berita

2 Peserta Wanita Cabar Raja Lawak 3



Teks oleh Haswari Ali


KUALA LUMPUR, 18 DIS 2008:
  Seramai 2 peserta wanita berjaya dipilih sebagai 12 finalis pertandingan Raja Lawak 3 yang akan memulakan tayangannya di saluran Astro Prima (saluran 105), bermula 24 Disember ini.

Mereka adalah Nuur Jihan Musa, 25,  atau Jihan yang berasal dari Shah Alam dan Rafizzan Yaacob, 32, (Yann) dari Petaling Jaya.

Pengumumannya dibuat di Restoran Saloma Bistro, di sini, sebentar tadi bersempena pelancaran dan sidang media musim terbaru Raja Lawak 3.

Program dalam usaha mencari pelapis pelawak terbaik negara itu turut menampilkan 3 peserta berkumpulan iaitu kumpulan Chot, LJN dan Sepah.

Sementara itu 7 lagi peserta individu lain iaitu Adam, Am, Amir, Manbelot, Mat, Syem dan Talam turut di pilih sebagai yang bernasib baik untuk mara ke peringkat seterusnya program berkenaan.

Kehadiran 2 peserta wanita dalam  Raja Lawak 3, mungkin sebagai satu kelainan yang ingin ditunjukkan oleh produksi program musim ini dalam satu cara menghargai bakat semulajadi peserta wanita khususnya.

Jihan dan Yann akan ditempatkan di sebuah akademi bersama 10 finalis Raja Lawak 3 yang lain untuk diberikan latihan dan bimbingan sebelum mempersiapkan diri untuk membuat persembahan secara langsung.

Turut diumumkan 3 pengkritik tetap Raja Lawak 3 iaitu pelakon terkenal Zaibo, pelakon wanita berpengalaman, Fauziah Nawi dan Shamsul Ghau Ghau. Mereka akan dipertanggungjawabkan menilai persembahan peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, berkata penganjuran rogram itu tahun ini menunjukkan kelebihan tersendiri apabila buat pertama kalinya mendapat penyertaan sebanyak 300 peratus lebih banyak berbanding 2 musim sebelumnya.

Jumlah itu katanya, diperolehi berdasarkan sesi ujibakat yang diadakan di 4 buah negeri iaitu Pahang, Perak, Johor dan Selangor bermula 4 November lalu.

"Selepas kejayaan di musim kedua yang berjaya menobatkan Nabil sebagai juara, kami terus terpanggil untuk meneruskan program bagi musim ketiga kerana percaya ada lagi banya bakat komedi di luar sana yang perlu diberi peluang.

"Ini terbukti apabila sesi ujibakat yang diadakan baru-baru ini mendapat sambutan yang hangat dan di luar jangkaan apabila menerima peningkatan penyertaan sebanyak purata 300 peratus.

"Kami percaya, peningkatan ini dapat menyumbang kepada usaha membawa komedi ke satu peringkat yang lebih tinggi dan mewarnai lagi industri tanah air dengan program-program berkualiti," katanya.

Nizam berkata, musim kedua berjaya meraih 1.1 juta penonton setiap minggu. Untuk itu katanya, prestasi yang membanggakan itu dijadikan sebagai testimoni pihaknya bagi meneruskan Raja Lawak 3.

Menyerikan penganjurannya musim ini, Raja Lawak 3 memilih Radio SINAR FM sebagai radio rasmi dan murai.com.my sebagai portal hiburan rasmi program berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai Raja Lawak 3 boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi, www.astro.com.my/rajalawak3 serta menekan butang merah 'R' yang terdapat di alat kawalan jauh Astro.

Sementara itu, untuk mengundi secara SMS, taip LAWAK atau LAWAK <3/5/10> untuk undian secara pukal 3,5 atau 10 ke 32999.

Bagi undian ke talian tetap pula, undian boleh dibuat dengan mendail 13701/13703/13705/13710 untuk undian pukal 1,3,5 atau 10 undian dan mengikut arahan yang disertakan.



Komen-Komen | 19

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Hooray, 2 wanita buat pertama kali dapat masuk Raja Lawak. TAPI, WANITA MESTI BERHATI-HATI, OLEH SEBAB LELAKI LEBIH RAMAI, MAKA SEGALANYA TERMASUK LAWAK WANITA MESTI ADA 'POWER'. GO, THE POWER OF WOMEN WILL-BE-COMEDIANS.
kadclaw - 1-Jan-2009

raja lwk utk laki ~Jerrr......yg ada 2 pompuan..pahal?????magel ketelay
gagoogirl - 27-Dec-2008

go syem go!!!!
aku - 26-Dec-2008

jangan lupa undi SYEM.dia ada keunikan tersendiri.gud luck bro..!
murniyanti - 23-Dec-2008

harap2 biarla wanita lak juara thn nie kalau wanita juara sy nak la tumpang tuah
girlz - 22-Dec-2008

1 2 3 4