Rita Rudaini, Aidil Zafuan Pelakon Terbaik!

gosip | Gosip kita

Rita Rudaini, Aidil Zafuan Pelakon Terbaik!

addthis kongsi icon



KL, 18 DIS 2008:  Hai, kalau ada anugerah pasangan suami isteri terbaik tahun ini, Murai Batu akan serahkan trofi itu kepada Rita Rudaini Mokhtar dan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak kerana mereka benar-benar hebat! 

Hebatnya kerana mutu persembahan mereka benar-benar telah mengalah semua pasangan suami isteri yang bertanding dalam Sehati Berdansa 2. Bukan dahsyat dari segi tarian, tetapi dari segi lakonan cover line yang sungguh mempesonakan!  

Bayangkan, sejak berbulan-bulan lamanya atau lebih tepat lagi seperti yang dilaporkan, pada 25 Februari 2008, mereka sudah pun menjadi pasangan suami isteri kerana telah bernikah di Selatan Thailand (Songkla ke?) secara senyap-senyap. Hai, patutlah bumi Thailand bergegar sakan tahun ni...

Kepada kita semua, itulah kejutan terbaru dalam dunia hiburan dan gelanggang sukan begara menjelang makin hampir tiba ke penghujung 2008.

Apa nak dikato, ayam den dah lapeh... hakikatnya, ayah dan ibu Aidil Zafuan telah membuat sidang media di Sikamat, dekat Seremban petang semalam dengan mendedahkan bahawa Aidil Zafuan dan Rita sudah berkahwin secara sorok-sorok dan selama ini hanya berlakon di depan mata keluarga sendiri yang masing-masing kononnya masih bujang.

Dulu memang pernah kecoh sekejap Rita, si janda cantik, pernah bercinta dengan Aidil Zafuan yang usianya macam adik. Murai Batu ingat gosip itu habis begitu sahaja, rupa-rupanya dalam diam-diam mereka sudah menjadi pasangan suami isteri! Baguslah tu, untuk elakkan fitnah orang.

Yalah, hati ayah dan ibu mana yang tidak terkilan apabila impian untuk melihat anak sendiri berkahwin macam orang lain adanya merisik, bertunang, berinai, akad nikah bersaksikan sanak saudara dan juga bersanding - maklumlah si pengantin lelaki baru berusia 21 tahun, kiranya masih remaja trang tang tang.

Tapi disebabkan kuat sangat penangan kasih Rita dan hembusan asmara Aidil Zafuan, mereka berdua atas alasan tertentu, sanggup membelakangkan keluarga. Difahamkan, baru-baru ini Rita sendiri ada bertemu dengan keluarga Aidil Zafuan pada 13 Disember lalu untuk mendapat pandangan tentang hubungan mereka padahal ketika itu dan pun jadi laki bini. Hai, mujurlah lepas itu kakak si Aidil Zafuan dapat hidu dan terbarailah rahsia.

Namun Murai Batu lega kerana selepas 10 bulan, Aidil akhirnya sedia memberitahu sendiri keluarganya bahawa mereka sudah lama berkahwin dan selama ini hanya hidup dalam lakonan. 

Begitulah cerita kahwin artis kita tahun ini. Ada yang kahwin sorok-sorok, ada yang nak kahwin gah-gah dan ada yang dah kahwin meriah-meriah dulu tapi akhirnya minta cerai. Dunia... dunia..... 


MURAI BATU:  Nak tunggu sidang media Rita dan Aidil Zafuan sendiri. Tahniahlah juga apapun..

Komen-Komen | 530

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





suka tgk rita...cantik
norzuraini - 1-Jan-2009

tk pe la durang misti ada alasan tersendiri. kita hanya doakan kebahagiaan mereka ok? cyg rit cuteee
ytt - 1-Jan-2009

bir jeeeeeee la dowg nk kawin....aslkn dowg bhgia....tol tak????
fyka - 1-Jan-2009

betuah la rita... dapat suami muda...ensem plak tu.. p pape pon...congrate!!
- 1-Jan-2009

nympah arh ak... da mcm mk n ank tri da ak tgk....
jering - 1-Jan-2009