Teks oleh Haswari Ali
KUALA LUMPUR, 9 DIS 2008: Kejayaan menggondol anugerah Pelakon Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM-21) yang lalu, membawa tuah kepada pelakon sedang meningkat naik, Lisa Surihani apabila diumumkan sebagai wajah Lipice, baru-baru ini.
Pemilihannya itu, sekaligus memecahkan dominasi sebagai selebriti tempatan pertama yang dipilih sebagai wajah Lipice, iaitu jenama penjagaan bibir yang memberikan sensasi rasa dingin dan segar.
Ketika mengulas berhubung pemilihannya sebagai wajah Lipice, Lisa begitu terharu dan gembira dengan penghormatan daripada pihak Lipice yang sememangnya menjadi idaman kebanyakan wanita muda di luar sana.
"Sesungguhnya, saya berharap wanita muda di luar sana akan dapat menyerlahkan kecantikan asli diri sendiri dan kekuatan peribadi mereka untuk menjadi yang terbaik. Lipice telah menjadi teman karib saya sejak begitu lama. Oleh kerana saya menjalani kehidupan yang sibuk, jadi saya amat bergantung kepadanya bagi melembap dan menyegarkan bibir agar bertambah cantik," katanya.
Lisa berkata, ketika menjalani penggambaran iklan jenama berkenaan Ramadan lalu, pelembab bibir berkenaan berjaya membantunya untuk kelihatan segar secara semulajadi, meskipun tubuhnya dalam kedaan kekeringan.
"Bibir pecah bukan saja pedih, tetapi membuat kita kurang menarik. Dengan produk ini saya miliki keyakinan diri untuk melakukan yang terbaik ketika penggambaran," katanya.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran Lipice, Jesse Ong, berkata pesona yang dimiliki Lisa selain kredibilitinya menyeimbangi dunia lakonan dan pelajaran, berjaya menarik perhatian pihaknya untuk memilih heroin filem I'm Not Single berkenaan.
"Kami tertarik kepada Lisa kerana beliau mewakili golongan wanita muda moden idaman. Beliau memiliki pesona yang peramah tetapi kejayaannya mengimbangkan aktiviti TV dan perfileman serta melanjutkan kerjaya dalam bidang guaman bukan saja patut dipuji, bahkan menjadi ikutan.
"Lisa memiliki personaliti yang menawan, penuh bertenaga, ceria dan sopan. Ciri-ciri yang kami cari dalam diri seorang individu untuk mewakili jenama. Kami turut terpikat dengan kejelitaan asli beliau, diperhebatkan lagi dengan bibirnya yang cantik," katanya.
Selain I'm Not Single, Lisa turut pernah memegang watak utama bagi filem Gergasi dan Goodbye Boys. Bakat dalam bidang pengacaraannya terserlah apabila mengendalikan beberapa rancangan TV popular seperti X-Fresh TV, Whoa! On NTV7 dan Down Memory Lane.
vaniti |
Aura
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 28
Hantar Komen Anda
Tutup Komen | Papar keSemua 28 Komen
Jadi makwe saya nak ke, tp saya just ada diploma ajer... uhuks uhuks...!!!
Rongak - 11-Dec-2008
Habislah Fasha Sandha... lagi cun-cun punya dok mai, jangan buat leceyy Fasha... Luv Lisa Surihani. Dah le cantik, ada kelulusan lawyer lagi, aduss....
Kadem - 11-Dec-2008
ermmm...cute ...
casandra - 11-Dec-2008
lisa memang cute sgt..memang sesuai lah dia jadi model lipice..lg pun suka tgk lisa dlm filem i'M NOT SINGLE tu..lakonan dia memang best..pe2 pun good luck lisa..
A7934A - 11-Dec-2008
Muka ko memang cantik tapi jangan pulak nanti perangai buruk udah le.
kasih - 11-Dec-2008
1 2 3 4 5<<>>
- Terhangat
- Terkini
- iPad Mini & Samsung Galaxy S4 untuk dimenangi di dlm Peraduan Food Stailista.
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini





.jpg)
.jpg)



