www.murai.com.my : Lisa Terpilih Sebagai Wajah Lipice



vaniti | aura

Lisa Terpilih Sebagai Wajah Lipice



Teks oleh Haswari Ali


KUALA LUMPUR, 9 DIS 2008:
  Kejayaan menggondol anugerah Pelakon Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM-21) yang lalu, membawa tuah kepada pelakon sedang meningkat naik, Lisa Surihani apabila diumumkan sebagai wajah Lipice, baru-baru ini.

Pemilihannya itu, sekaligus memecahkan dominasi sebagai selebriti tempatan pertama yang dipilih sebagai wajah Lipice, iaitu jenama penjagaan bibir yang memberikan sensasi rasa dingin dan segar.

Ketika mengulas berhubung pemilihannya sebagai wajah Lipice, Lisa begitu terharu dan gembira dengan penghormatan daripada pihak Lipice yang  sememangnya menjadi idaman kebanyakan wanita muda di luar sana.

"Sesungguhnya, saya berharap wanita muda di luar sana akan dapat menyerlahkan kecantikan asli diri sendiri dan kekuatan peribadi mereka untuk menjadi yang terbaik. Lipice telah menjadi teman karib saya sejak begitu lama. Oleh kerana saya menjalani kehidupan yang sibuk, jadi saya amat bergantung kepadanya bagi melembap dan menyegarkan bibir agar bertambah cantik," katanya.

Lisa berkata, ketika menjalani penggambaran iklan jenama berkenaan Ramadan lalu, pelembab bibir berkenaan berjaya membantunya untuk kelihatan segar secara semulajadi, meskipun tubuhnya dalam kedaan kekeringan.

"Bibir pecah bukan saja pedih, tetapi membuat kita kurang menarik. Dengan produk ini saya miliki keyakinan diri untuk melakukan yang terbaik ketika penggambaran," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Lipice, Jesse Ong, berkata pesona yang dimiliki Lisa selain kredibilitinya menyeimbangi dunia lakonan dan pelajaran, berjaya menarik perhatian pihaknya untuk memilih heroin filem I'm Not Single berkenaan.

"Kami tertarik kepada Lisa kerana beliau mewakili golongan wanita muda moden idaman. Beliau memiliki pesona yang peramah tetapi kejayaannya mengimbangkan aktiviti TV dan perfileman serta melanjutkan kerjaya dalam bidang guaman bukan saja patut dipuji, bahkan menjadi ikutan.

"Lisa memiliki personaliti yang menawan, penuh bertenaga, ceria dan sopan. Ciri-ciri yang kami cari dalam diri seorang individu untuk mewakili jenama. Kami turut terpikat dengan kejelitaan asli beliau, diperhebatkan lagi dengan bibirnya yang cantik," katanya.

Selain I'm Not Single, Lisa turut pernah memegang watak utama bagi filem Gergasi dan Goodbye Boys. Bakat dalam bidang pengacaraannya terserlah apabila mengendalikan beberapa rancangan TV popular seperti X-Fresh TV, Whoa! On NTV7 dan Down Memory Lane.



Komen-Komen | 28

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





lisa ni lagi bagus dari diana danielle tu..
laser sket - 21-Dec-2008

kak lisa so cute.bilerlah sy nk jd wajah lipice
mine - 19-Dec-2008

bgus lar 2..artis laen lau cantk n glamour sket mlala wat prangai cam si memey 2.. overall aku ska kau blakon...
.......... - 18-Dec-2008

memang suka sangat ngan lisa nie... pandai, tomey,n cute....... hope die terus success n tak sombong....=)
nadia - 17-Dec-2008

awk mmg cute....so jdlah artis sopan & brdisiplin, p/s: jgn jd gedik...gud luck..
mamamia - 17-Dec-2008