www.murai.com.my : Linda Onn Mengamuk Dalam Studio!



sehati berdansa 2 | berita sehati berdansa 2

Linda Onn Mengamuk Dalam Studio!



Teks & foto oleh Thani Hasbullah


KUALA LUMPUR, 30 NOV 2008:  Suasana kecoh terlihat pada sesi latihan rancangan Sehati Berdansa 2  di Studio 1, Pusat Penyiaran Asia (ABC), Bukit Jalil, kelmarin apabila pengacara Linda Onn yang sedang menghafal skrip tiba-tiba naik angin, terus mengamuk dan kemudian menandang set pentas sehinggakan kakinya berdarah!

Linda berkelakuan demikian sejurus selepas dimarahi penerbit program itu, Norazian Mohd Zahir, apabila dia dikatakan terlambat hadir untuk membuat latihan itu.

Kata Norazian, bukan itu sahaja, sesi latihan Linda pada hari itu juga tidak menjadi membuatkan dia tidak berpuas hati.

Suasana sekeliling yang panas selepas menyaksikan kelakuan pelik Linda, bagaimanapun tiba-tiba menjadi meriah setelah Norazian datang membawa kek yang berlilin sambil diiringi nyanyian lagu 'Selamat Hari Jadi' oleh semua peserta pasangan Sehati Berdansa 2.

Linda yang naik angin pada ketika itu kemudiannya tergamam dan seterusnya ketawa besar selepas menyaksikan semua itu. Ia rupanya drama yang sengaja dibuat-buat untuk kejutan sambutan hari jadi.

'Drama' tersebut turut disaksikan krew bertugas. Linda berkata, dia tidak boleh menahan perasan marahnya apabila tidak semena-mena dimarahi dengan sedemikian rupa.

"Kalau saya naik angin, memang macam tu! Saya dah tak terfikir apa-apa pun sampai menendang set pentas sehingga  pendarahan terjadi di bawah kuku kaki saya ini," katanya yang mengenakan kostum tajaan Michael Shu.

Sementara itu Norazian menjelaskan bahawa dia sengaja merancang gimik tersebut bagi merapatkan lagi hubungan antara mereka yang bertugas selama berminggu-minggu.

"Tak bestlah kalau kami bawa masuk kek dan menyanyi macam biasa. Tak ada drama. Selepas Linda dapat tahu semua itu gimik, dia terus mengeluh... 'hai... kenapalah korang buat aku macam ni...'. Kesian pula tengok dia,"  kata Norazian.

Suasana menjadi pulih seperti sedia kala selepas itu tetapi semua orang bersimpati dengan kecederaan sebenar yang dialami Linda pada kakinya itu.  Linda... Linda... Happy Birthday To You!

 

Komen-Komen | 126

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





I ngatkan dah tercabut kaki td....tapi memang tak d sangka wanita secantik itu tkan lh tiada kumbang yang melekat kot tipu lah kalo cam 2........
azmsy01 - 14-Dec-2008

happy birthday..nasib baik kaki je yg darah,kalau patah kaki cam ne...
spangebob - 14-Dec-2008

nasib baik kaki berdarah,ingat patah..happy birthday..!!!
yeye - 14-Dec-2008

Linda orang lama, byk berjasa pada Era n Astro. Harap Linda akan terus success dan bertemu pengganti Fahrin tu.
Pakupakis - 13-Dec-2008

Kesian kak linda, kerja kuat smpai kurus. jangan marah2 lagi. Happy belated birthday. we all tetap sayang n sokong kak linda.
ShanazPJ - 13-Dec-2008