www.murai.com.my : Tayangan Gala Histeria Berona Darah!



berita | tempatan

Tayangan Gala Histeria Berona Darah!


Media Galeri


Teks oleh Razif Rosdi


KUALA LUMPUR, 19 NOV 2008: Dengan bajet kira-kira RM1.4 juta, filem Histeria arahan James Lee diyakini mendapat sambutan baik daripada penonton tempatan khususnya yang menggemari filem bergenre seram atau horror.


Filem yang mendominasikan watak 7 gadis ini menonjolkan kemunculan sejenis jembalang atau hantu yang mengganggu dan dahagakan darah manusia selepas mahkluk jahat itu diseru dari sehingga mencari 'tuan baru'.


Karya terbaru terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd ini telah dipertontonkan kepada wartawan dan karyawan seni malam tadi menerusi Tayangan Gala di pawagam GSC, Mid Valley, di sini.


Kesemua 7 gadis yang memegang watak penting dalam Histeria iaitu Liyana Jasmay, Scha, Norisnainy, Ainul Aishah,
Yuhana,Talya dan Reana hadir pada majlis itu. Mereka mengenakan kostum kombinasi merah hitam iaitu 'rona darah' sebagai tema majlis berkenaan.


Turut hadir pengarah Histeria, James, bersama pelakon lain seperti Adiputra, Vanidah Imran, Ramli Hassan, Reefa dan Martin Fayz. Di samping itu, ramai artis tidak ketinggalan menonton filem itu seperti Fahrin Ahmad, Maya Karin, Tam Suhaimi, Jehan Miskin, Mamat Khalid dan produser Hajah Ruhani Abdul Rahman.


Ketika sidang media selepas majlis tayangan selesai, James, akui filem ini mencabar kerana inilah kali pertama dia mengarahkan filem seram dan Bahasa Melayu.


"Filem ini mengikut acuan filem seram Hollywood seperti Evil Dead dan Friday The 13th. Ia lebih mudah difahami dengan sedikit twist pada penghujung cerita. Penggambaran filem ini dibuat pada Ogos tahun lalu dan kami menggunakan lokasi sebuah sekolah di Kajang, Selangor," kata James yang sebelum ini pernah mengarah filem Visits: Hungry Ghost Anthology pada 2004.


Selain itu, beliau juga seorang pengarah filem indie dan antara karyanya adalah Ah Beng Returns, Snipers, Room To Let, The Beautiful Washing Machine dan Before We Fall In Love Again.


Sementara itu, produser Tayangan Unggul dan Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai, berkata pembikinan filem ini berjalan lancar walaupun pihak krew produksi membuat persiapan dari segi spiritual.


"Ketika penggambaran, lokasi filem itu terpaksa 'dikunci' oleh seorang bomoh kerana tempat itu 'keras'. Mujurlah tidak ada sesiapa yang benar-benar terkena histeria. Semangat semua pelakon juga kuat walaupun mereka semua gadis-gadis," kata Gayatri.


Histeria akan mula ditayangkan pada 18 Disember 2008 di 47 buah pawagam dan ia menyelitkan lagu tema nyanyian Nadia AF6.

 

Komen-Komen | 30

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





i like scha n liyana jasmy..cute~~ lakonan diaorg bersahaja...
putriliza - 29-Nov-2008

hahah.lekla smilegirl...xpyhla emo...kate murai forum gosip....hahahh..mmg kasut+bj die burok pun....aku nampak kst tu kat nose rm109.90....ade clr htm gak...if pki htm ok skt kot...tp hakikatnye bj+kst mmg burok pun...liyana jasmay comel....
linda - 26-Nov-2008

cite ni cam best je...tp ada la 2,3 org pelakon dia x best sgt le....apapun i support our filem ok...MALAYSIA BOLEH!!!!
ALIN4944 - 26-Nov-2008

Apa??? Liyana pengarah Selamat Pagi Cinta tu nak cium bibir Scha... waaa, kontroversi tuh...!
EpoS - 24-Nov-2008

Citer ni boleh layan, byk babak terkojut hawau!
Eslilin - 24-Nov-2008