www.murai.com.my : Que Haidar Belai Rambut Linda Jasmine



sehati berdansa 2 | panazz sehati berdansa 2

Que Haidar Belai Rambut Linda Jasmine


Media Galeri


K.L, 18 NOV 2008:  Kalau tengok Sehati Berdansa 2, sudah tentu semua orang sakan nak bercakap pasal Fahrin Ahmad dan Linda Onn. Tak kurang hebat, orang juga nak tahu pasal pasangan Sehati Berdansa 2.


Namun, dalam kesibukan melayan gerak tari setiap pasangan program itu, tiba-tiba Murai Batu terima pula video romantis juri tetap Sehati Berdansa 2, siapa lagi kalau bukan Linda Jasmine.


Yelah...sekarang ini semua sedia maklum, si Linda Jasmine semakin intim dengan pelakon versatile, Que Haidar. Nak kata depa bercinta, tak tahu lah pula kebenarannya, asyik menafikan dengan jawapan playsafe.


Hakikatnya, sekarang Murai Batu sudah pun mendapat rakaman eksklusif video romantis Que dan Linda di belakang pentas sewaktu rakaman Sehati Berdansa 2 diadakan, baru-baru ini.


Dalam video ini, Murai Batu dapat melihat kelibat Que yang menunggu Linda di luar studio. Sebaik saja Linda sampai, Que terus menyapa Linda dengan mesra sambil membelai rambut ikal si guru tari yang cantik manis ini dan masih lagi bergetah seperti anak dara ini.


Wah... bukan main romantis lagi., apa nak cakap lagi? Murai Batu tidak pasti apa sebenar yang mereka berdua tengah borak. Tapi, kalau anda semua mahu melihat gelagat mesra mereka ini, tontonlah sendiri video kandid ini.


Adakah selepas ni Que sudah bersedia menjadi ayah? Maklumlah Linda kan ada anak bujang yang comel.


MURAI BATU: Betul ke Ebi AF5 sudah ada pengganti Mila?


Klik di sini untuk menonton video Que dan Linda Jasmine

Komen-Komen | 154

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





semoga bhgia sllu :)
insanlemah - 13-Jan-2009

apsal ea q nak ngan linda 2..x padan ar..mcm mama ngan anak die plak..tp xper ar..dah e2 yg die suke..
mdylyn7682 - 9-Dec-2008

ok la tu
comel - 9-Dec-2008

perh ar dh besar panjang pon nk kena ajar ke?linda 2 pon satu komen dlm shti berdansa mcm xkomen jew.....xtau komen ckp...g msuk tadika balik....org menari bagus ckp xbagus snang ko jew la yg menari
x suko.... - 7-Dec-2008

alaa bia laa dowg . da jd jnde p0wn bknnye bini 0wg yg q kebas . linda still gorgeous seyh . q jgn lmbt2 .
Kiky - 5-Dec-2008