www.murai.com.my : Fahrin Nafi Ada Apa-Apa Dengan Scha



sehati berdansa 2 | berita sehati berdansa 2

Fahrin Nafi Ada Apa-Apa Dengan Scha



Teks oleh Thani Hasbullah


KUALA LUMPUR, 10 NOV 2008:  Sudah beberapa kali mereka dilihat muncul di khalayak ramai. Pun begitu, Pengacara Sehati Berdansa 2, Fahrin Ahmad, 29, masih enggan mengakui bahawa Scha (sebutannya Sha) adalah buah hatinya sekarang.


Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 25, berasal dari Sungai Petani, Kedah dan kini mula menjadi perhatian dalam bidang lakonan dan iklan komersial. Dia mula dikenali menerusi dama Bella dan Awan Dania dan iklan seperti Nokia dan Olay. Dia juga penyandang gelaran Dewi Remaja 2006.


"Bercinta... taklah. Saya lebih suka berpijak di bumi nyata. Kalau ada pihak berkata saya sedang bercinta dengan Scha, saya menafikan. Tapi untuk berkawan dan mengenalinya... itu betul. Memang sudah ramai kawan-kawan tahu tentang persahabatan kami. Saya masih perlukan masa untuk mengesahkan apa-apa," kata Fahrin kepada murai.com.my ketika ditemui di set Sehati Berdansa 2, Bukit Jalil, Khamis lalu.


Bagaimana pula komen 'bekas kekasih' Fahrin, Linda Onn?


"Kita dari dulu hanya teman tapi mesra. Saya tidak pernah mencampuri urusan hidup Fahrin. Siapalah saya untuk menghalang keputusan Fahrin kerana kami tidak mempunyai apa-apa hubungan selain bertugas secara profesional. 


"Seperti juga Fahrin, saya sedang mencari seseorang untuk melengkapkan hidup saya. Dan sesiapa yang hendak melengkapkan hidup masing-masing, silakan... ia bagus. Saya tidak kisah dia (Fahrin)  nak keluar dan bercinta dengan siapa. Saya pun dah lama tak baca suratkhabar dan tak tahu apa-apa," kata Linda ceria sambil tersenyum.


Scha yang pernah bertugas sebagai pramugari turut berlakon dalam filem Antoo Fighter, Histeria serta Papadom yang akan ditayangkan tidak lama nanti. Kita tunggu perkembangan selanjutnya antara Scha dan Fahrin.


Klik di sini untuk menonton video komen Fahrin

Komen-Komen | 54

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





erm bg sy rasa nya fahrin sesuai ngan linda onn lg..enth lah tp yg penting pa yg diorng pilih untk psangan hidup masing2 jnj bahagia saja...
asma08 - 23-Nov-2008

lantaklah dorang nak bercinta ke, dah break ke, curang ke. kebanyakkan benda yg kita dengar selalunya tak betul.
Led - 22-Nov-2008

betul ke dia ada boyfriend coz i know her ex boyfriend
SE - 22-Nov-2008

tapi rasenyer biarlew fahrin ngan scha.sesuai per..same2 cute.linda dah nmpk tuo skit.
fiqsayang - 21-Nov-2008

semua d tentukan oleh allah....
nadia89 - 20-Nov-2008