www.murai.com.my : Hati Abby Sudah Hancur Berkecai



berita | tempatan

Hati Abby Sudah Hancur Berkecai




KUALA LUMPUR, 31 OKT 2008:  Isteri kepada pelakon Norman Hakim, Abby Abadi atau Arbaieyah Abdul Manan, 30, berkata bahawa hatinya hancur berkecai selepas mengetahui kesahihan berita Norman dan Memey ditangkap khalwat daripada mulut suaminya itu sendiri.


Demikian kata Abby dalam laporan kepada Harian Metro, hari ini. 

 
"Saya tak mahu terbabit dalam peristiwa yang berlaku terhadap suami saya (Norman Hakim). Itu masalah dia, jadi biarlah dia selesaikan sendiri.


"Walaupun dia ingin menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi pada malam itu (semalam), saya tak mahu ambil tahu," katanya.


Ketika dihubungi, Abby berkata dia mengetahui Norman ditangkap kerana disyaki berkhalwat apabila menerima kiriman SMS daripada seseorang.


"Selepas membacanya, saya terus menghubungi Norman untuk mengetahui kebenaran cerita itu. Norman beritahu ia benar dan ingin berjumpa saya. Walaupun hati saya hancur berkecai dengan pengakuan Norman, sebagai isteri saya menemuinya untuk memberi sokongan.


"Tetapi fikiran saya buntu dan sangat terguris. Saya tak tahu nak kata apa lagi. Saya sudah tak kuasa lagi memikirkan apa yang akan berlaku kepada rumah tangga kami selepas ini.


"Sebelum kejadian, ramai orang bercerita mengenai hubungan Norman dengan Memey. Tetapi selagi saya tak melihat dengan mata sendiri, saya tak mahu mempercayainya.


"Apabila berlaku kejadian ini, saya tak menyangka ia akan terjadi sehingga ke tahap ini. Sewaktu saya bertemu Norman, dia cuba menjelaskan apa yang terjadi tapi saya tak mahu tahu.


"Sekarang biarlah dia selesaikan kesnya dengan Memey. Selepas itu, saya mahu dia selesaikan hal rumah tangga kami pula. Apa yang dapat saya katakan buat masa ini, hati saya sudah tertutup untuknya," kata Abby.

 

Komen-Komen | 290

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Harap abby sentiasa tabah dlm kehidupan yg akan datang. Norman suami yg tidak memikul tanggungjawab dgn baik. Kalo betul si isteri ade membuat kesilapan. tegur dan bebincanglah dengan baik. Bersikap curang bukan jln penyelesaian yang baik. Suami yang baik sentiasa mendidik isteri menjadi isteri yang soleh. Jgn ade masalah jer cari perempuan lain.. Lu pikir ler sendiri norman
"kakak" - 14-Nov-2008

Kalau tak mahu dilmbung ombak, jangan brumah tepi pantai Abby...
Kordi - 12-Nov-2008

Makan hatilah kalau laki bini jadi artis. Dugaan banyak kiah oi...
Bolos - 12-Nov-2008

sabar je abby serah semuanya pada yang esa....maafkan lah mereka agar abby lebih tenang mengharungi dugaan yang mendatang.
suri - 11-Nov-2008

sabar abby..teruskan hidupmu...jangan dpandang ke belakang lagi......biarkan norman dgn perempuan2nya..abby cantik dan berbakat,1000x lebih cantik daripada perempuan perampas tu..(memey) tak mustahil satu hari nanti NH akan buat memy seperti mana norman buat kat abby..abby sabar yer....
untie zaza - 11-Nov-2008