www.murai.com.my : Norman Hakim, Memey Ditangkap Khalwat!



berita | tempatan

Norman Hakim, Memey Ditangkap Khalwat!



Teks oleh Thani Hasbullah


KUALA LUMPUR, 30 OKT 2008 : Pelakon siri Gerak Khas, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, telah ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang, awal pagi tadi.


Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Hidayat B. Abd. Rani, berkata pelakon lelaki dan pasangannya itu ditahan pada jam 3 pagi oleh 5 anggota penguatkuasa JAIS dan 2 anggota polis.


"Pihak kami telah mendapat aduan daripada orang ramai sebelum membuat serbuan ke atas premis tersebut. Pada mulanya mereka enggan membuka pintu sehingga berjaya mendapatkan kunci daripada seseorang.


"Apabila masuk kedalam ruang pejabat itu, kami telah bertemu dengan wanita itu manakala Norman sedang menyorok di bahagian belakang. Ketika itu kedua-dua mereka berpakaian lengkap.


"Mereka berdua didakwa di bawah Syeksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 atas tuduhan berkhalwat," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superitendan Amiruddin Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.


"Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut," katanya.


Norman adalah suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002 dan pernah berpisah buat seketika pada Mei 2006.


Baru-baru ini, Norman dilaporkan tidak pulang ke rumahnya pada Ramadan lalu tetapi menafikan rumah tangga dengan Abby sedang bergolak kencang.


Dalam pada itu, Memey pula pernah menafikan kepada murai.com.my bahawa dia mempunyai hubungan intim dengan Norman. Memey yang juga anak saudara pelakon Darling Ngasri, pernah membintangi drama Graduan, Elit, Pasrah, Dunia Baru 3, Roda-Roda KL serta Tragedi Oktober.


Komen-Komen | 446

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Memey... mmg sememeh.....x lawa mana pon....cuma dia nie desperate sgt..... maklumlah budak kg...
"ORG ABBY" - 13-Nov-2008

memey 2 mmg perampas..dah tau norman tu laki orang tapi gedik juga nak jmpa dalam opis..gedik semacam jer.hipokrit plak 2.dlm paper ckp maruah tercemar, bila dah jadi pandai diam..dahla memey..stoplah sandiwara awak 2.jgn kacau rumah tangga org..
butterfly - 12-Nov-2008

Bawa2 sedarlah, kalau suka sangat kawin, bukan salah pun laki Islam nak kawin lebih dr satu.
pandak - 12-Nov-2008

Artis kita ni rajin khalwat.... hmmmmm..... bila kena cekup baru glabah.
Ink - 12-Nov-2008

memey tu tak lawa pun...abby lagi 10x ganda cun tapi norman rabun tahap kronik kot tu pasal bleh suke kat memey. piiirah norman...buat malu budak skolah agama je
jojo - 11-Nov-2008