Senario Episod 1 Dah Kaut RM3.3 Juta!

wayang | Buletin Wayang

Senario Episod 1 Dah Kaut RM3.3 Juta!

addthis kongsi icon


Teks oleh Thani Hasbullah


KUALA LUMPUR, 8 OKT 2008 :  Produser MIG Productions Sdn Bhd, David Teo, sudah tentu tersenyum melebar kerana  filem terbarunya, Senario The Movie - Episod 1 telah berjaya mengutip RM 3.3 Juta, hanya selepas 7 hari tayangan bermula 1 Oktober iaitu hari raya pertama lalu.


Angka itu sekaligus mengatasi filem terbitan MIG lain termasuk Jangan pandang Belakang (RM2.8 Juta), diikuti Congkak (RM 2 Juta) bagi tempoh yang sama.


Senario The Movie - Episod 1 juga dikatakan bakal mengaut lebih banyak untung apabila peminat kini sudah kembali ke kota dari kampung halaman dan dijangka menonton setiap hari.


Menurut David, selain promosi  hebat, kerja keras tenaga produksi dan tarikh yang sesuai, nama Senario masih gagah dan menyumbang kepada kejayaan filem ini.


"Senario sudah 13 tahun mencipta nama. Kalau besi, ia sudah berkarat dalam tempoh itu tapi Senario tetap bersinar. Formula yang tepat dengan sokongan peminat sangat membantu filem ini. Saya sungguh berbangga dengan kejayaan ini.


"Dengan kadar kutipan yang hebat itu, ia diangka bertahan di pawagam untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 minggu lagi. Saya juga percaya filem ini bakal memecahkan rekod baru dalam industri perfileman tanah air.


"Dahulunya ramai mengangap hanya kanak-kanak yang minatkan Senario, tapi terbukti mereka digemari semua lapisan masyarakat sehingga warga emas," kata David.


Dengan bajet pembikinan dan promosi sebanyak RM1.5 juta, Senario The Movie -  Episode1 menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang, Kedah dan Perak. Lokasi dipilih bagi menghidupkan jalan cerita filem ini yang berkisar kehidupan realiti anggota kumpulan Senario - Azlee, Wahid dan Mazlan sebelum mereka menjadi terkenal.

 
Selain itu pelakon seperti Fauziah Nawi, Zul Huzaimy, Julia Hana, Piee, Zaibo, Illya, Ropi Cecupak, Osman Kering, Eizlan Yusof dan Shamsul Ghau-Ghau turut diundang khas bagi menjayakan filem ini. Ia diarahkan oleh Ahmad Idham.


Komen-Komen | 13

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





senario 1 memang best...rugi kalo tak tengok.... memang best giler2....
062487 - 20-Oct-2008

Tahniah buat Ahmad Idham kerana berjaya membangkitkan semula anggota kumpulan Senario yg sebelum ini sudah hilang taring. Senario, We best our luck for 3 groups!
Firdaus - 12-Oct-2008

Sentuhan A Idham ni lain drp Aziz M Osman.
Kalila - 11-Oct-2008

Rezeki Lan Pet Pet baru kahwin tu.. alhamdulillah
Kenu - 10-Oct-2008

hebat betul.... mesti kaya david teo
farahseksi - 9-Oct-2008

1 2 3